World Invasion : The Battle Of Los Angeles - Skyline? Boleh gulung tikar -


Photobucket


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia pada semua Monaters! memandangkan sekarang musim study week , dikesempatan hujung minggu ini jugalah Monat bersantai sambil melihat movie-movie yang Monat tak dapat tengok sewaktu minggu kuliah. Petang tadi , Monat santai dekat bilik dengan member Monat , Falique , menggunakan projector *auww - memang macam depan matalah movie tu! Movie apa yang kitorang tonton? Ini dia , satu filem aksi yang memang best dan tak rugi pun kalau korang beli tiket dekat panggung (bagi Monat , memang tak rugi..) - World Invasion : Battle of Los Angeles -



Photobucket


Battle: Los Angeles juga dikenali sebagai Pertempuran Los Angeles, dan sebelumnya dikenali sebagai Pertempuran untuk Los Angeles adalah filem yang dikeluarkan pada tahun 2011,filem fiksyen sains tentera perang yang diarahkan oleh Jonathan Liebesman, dan dibintangi oleh Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Michael Peña, Ne-Yo, Ramon Rodriguez, dan Bridget Moynahan. Filem ini membawakan peristiwa di dalam peperangan moden Los Angeles,dimana penonton mengikuti kisah satu platun Marin AS yang menentang pencerobohan makhluk asing.

Dimana di dalam filem ini,penonton dapat memahami bahawa makhluk asing ini datang untuk menawan sumber air di bumi memandangkan hanya bumi sahaja yang mempunyai sumber seperti AIR , mengandungi H2o yang tinggi.Babak-babak di dalam filem ini sebenarnya adalah inspirasi daripada kejadian sebenar daripada peristiwa BATTLE OF LOS ANGELES (click untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah sebenar ini). Lepas ni , filem Skyline boleh bagi masuk plastik , lepas tu buang jauh-jauh , tak payah tonton lagi -

Dalam rating yang Monat boleh berikan , kalau diberikan antara 1-10 , Monat akan berikan filem ini 9.5/10! memang Monat rasa teruja sepanjang melihat filem ini , dan tak meleret-leret , senang difahami dan sudah terang lagi bersuluh memang penuh dengan aksi!

Untuk korang yang belum tengok movie ni , memang korang rugi lah - Mungkin entry monat pada kali ini agak terlewat disebabkan filem ini dah pun keluar sedari bulan MAC lagi , tapi peduli apa , Monat nak cerita jugak dari sudut pandangan Monat - harap-harap satu hari nanti , produser filem tanah air kita pun boleh buat macam ni jugakkan? Tengoklah snapshot dari filem tersebut yang monat dah capture khas untuk korang! :) enjoy!


OFFICIAL TRAILER :








SNAPSHOT :
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...