Tahun 1 dah tamat masuk tahun ke-2 pengajian pula - cepatnya masa berlalu!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia - *auww , tak terjenguk blog Monat ni dalam beberapa hari ini , maaflah kepada yang datang melawat dan meninggalkan sepatah dua kata dekat shoutbox - Monat dahului dengan ucapan terima kasih kerana setia melawat blog Monat - sayang korang sangat2! (..nanti nak bagi freegift la pada pelawat setia...)

Kali ni , kalau tengok entry title dekat atas tu , cepatnya masa berlalu - yah! memang betul , bagi diri Monat , masa memang cepat berlalu , rasanya baru semalam Monat mendaftar di Universiti Putra Malaysia sebagai freshies dan menjadi junior di sini.Pejam celik , pejam celik + mengigau time tidur = dah tamat tahun 1 sebagai seorang Junior dan bila masuh semester depan nanti , akan bergelar pelajar tahun 2 pula.


Selama menjadi pelajar tahun 1 , telah banyak Monat belajar daripada senior - senior Monat yang sememangnya cool dan baik hati (thanks kepada korang semua...).Tanpa senior , siapalah Junior , dan bila bercakap pasal Junior dan Senior , mesti ramai yang akan berfikir , "ahhh! Senior , pasti akan buli Junior..." , *sesiapa yang berfikir sedemikian , sila format pemikiran anda... , sekiranya anda berada di Kolej Pendeta Za'ba , senior-senior kitorang semuanya best dan baik hati , tak mengabaikan junior diorang , dan buli ? langsung tiada , malah Junior dan Senior boleh lepak semeja , duduk bergelak bersama dan menikmati kehidupan indah bersama - best kan? yah! memang best!

Semester 3 nanti , Monat pula akan bergelar senior dan akan menyambut junior-junior baru :) - Selamat datang , dan pada sem depan , dengan 23 jam kredit , mana dengan exco ICT dan Majlis Tertinggi Mahasiswa 2011/2012 , pasti Monat akan menjadi lebih sibuk dan harapnya korang semua sentiasa menyokong Monat - Sayang korang semua . Tak banyak Monat nak cerita pada kali ini. Cuma Monat nak ucapkan selamat bercuti kepada kawan-kawan Monat yang balik bercuti sempena minggu belajar (study week) la tu... Jangan lupa datang untuk final exam pulak! :)

Stay tune - p/s : Monat sertakan sekali gambar Monat semasa menjadi Technical manager untuk Malam Jasamu Dikenang , malam semalam , sempena meraikan Majlis Tertinggi Mahasiswa 2010/2011 dan AJK MAKP-19 serta pelantikan Majlis Tertinggi Mahasiswa 2011/2012 - yah, Monat merupakan Exco ICT & Multimedia untuk MTM 2011/2012 , terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada Monat :) InysaAllah , Monat akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin - InsyaAllah :)


sempat lagi nak menyanyi dekat Malam Jasamu Dikenang - 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...