#MyTawau - Gua Menang Contest Buat Pertama Kali bai!


Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan dan tulis entry Selamat Hari Guru kan? Ok! Buat ucapan! Saya Najib Towy mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru dan tidak lupa kepada guru-guru dan lecturer-lecturer saya yang banyak memberikan masa dan ilmu mereka yang tertumpah-tumpah hingga saya pandai membaca dan menulis dan mengira dan menaip blog dan berfikir secara rasional dan dan dan macam macam lagi lah..


Sempena hari guru ni jugak , Monat ada join satu contest dekat facebook yang dikendalikan oleh page no.1 di Tawau iaitu MyTawau @ Facebook , cuba usyar dekat sini. Contest nie mudah sahaja , buat komen / ucapan dekat wall diorang , ucapan selamat hari guru dan ucapan tersebut mestilah kreatif dan pihak admin akan memilih ucapan yang paling kreatif dan hadiahnya? ok sila baca sampai habis entry ini.

Gosok - gosok mata terus, bila tengok dekat wall post page MyTawau yang Monat dah menang contest Ucapan Kreatif Sempena Hari Guru yang diadakan baru-baru ini. Macam tak percaya ja menang contest , selama ni tak pernah pun nak menang mana-mana contest *mcm mana nak menang kalau join pun tak? . Sebenarnya untuk kali ini , entah macam mana Monat boleh nak join contest ni , ceritanya begini...

Dalam satu malam yang sunyi disinari lampu minyak tanah **eish nampak beno nipunyee.. , ok sorry saja nak buat cerita gempak.. Ok cerita dia macam ni , malam sebelum hari Guru tu (15 May) macam biasa Monat pun online dan tertengok dekat tab "Home" Monat tu , MyTawau ada buat contest Ucapan kreatif sempena Hari Guru , Monat pun buatlah ucapan , dekat wall MyTawau tu.. sebenarnya tak ingat nak menang pun sebab ramai lagi peserta yang buat ucapan yang lagi kreatif dan best , Monat cuma cuba-cuba nasib sahaja.. Macam mana ucapan Monat ? ,

" Selamat Hari Guru pada semua insan yang bergelar Guru , yang telah mendidik saya mengenal abjad "A" sampai "Z" , mengira nombor "1" hingga "infinity" , menerangkan simbol pelik " + - x = " , mengenalkan cantuman "H20 + Co2" , mendidik mengenai " PROSE FORM " , dan segalanya! Terima Kasih GURUku ! Ku mendoakan kesejahteraan buat mu dunia dan akhirat.. "

Secara jujurnya , ucapan ni sebenarnya Monat memang buat dari hati Monat nak tujukan ngan che'gu-che'gu Monat yang memang dah banyak berjasa dan menaburkan ilmu dekat Monat yang hina ini , kalau siapa-siapa yang duduk satu batch dekat Sekolah Monat dulu , taulah kan? Betapa Monat dekat sekolah adalah pelajar " BAIK " dan banyak melakukan benda " POSITIF " dekat sekolah hahahahahahaahaha!!!!

Hadiah apa yang Monat dapat ? Ini dia , sehelai T-Shirt official Mytawau yang cun melecun! Baik punya barang! , ahaaa , sebenarnya dah lama nakkan baju ni , tapi apakan daya , rezeki Allah s.w.t masih tidak mengizinkan Monat untuk mendapatkan baju ini , rupanya Monat hendak diberikan dengan memenangi contest , ALHAMDULILLAH!.

Apapun , Monat nak ucapkan terima kasih pada Admin-admin MyTawau yang sudi memilih Monat yang kerdil ini menjadi pemenang kepada contest ini , JEMPOL dulu yaww!! Tawau mariii!! Terima kaseh atas hadiahnya! Saya bangga jadi anak Tawau!

p/s : Ibu dan Bapa saya adalah guru yang terbaik yang memberikan saya pendidikan yang tidak ada mana-mana guru di sekolah mahupun di universiti mampu berikan , jadi oleh itu , ucapan ini pun saya tujukan khas untuk mereka berdua :) Love you Mom and beloved dad! :)


Dapat terus pakai la kawan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...