# Best 4 movie site | Mana nak download movie nieeee. ?


 Saja aku bagi keluar entri ni waktu hujung minggu macam ni bagi mereka yang kaki-kaki download movie-movie baru mahupun lama.  Waktu hujung minggu amcam ni la baru ada masa yang panjang untuk download movie / software / lagu pilihan kan , ye lah ada yang bekerja , ada yang belajar , sekolah lagi , mana lah ada masa dalam 5 hari tu nak duduk menunggu nak habis , silap hari bulan , lain pulak yang di-download. HAHAHA!. Lainlah bagi yang tak bekerja dan bercuti panjang / semester (ehem-ehem). 24 jam memanjang lah lagaknya online. *sekali lagi ketawa.. HAHAHA!

  Untuk entri kali ni , aku akan berikan 4 laman yang korang boleh dapatkan movie baru dan lama , yang pada aku memang best dan mudah. Al-maklumlah , SKMM kan dah gatal tangan nak block sana-sini. Jadi harapnya entri ni dapat lah jimatkan masa korang dari baru nak cari laman mana korang nak download. Untuk kali ni , aku bagi laman download movie bagi filem-filem luar dahulu ok , bagi filem lokal / tempatan , entri akan datang akan aku post pulak.

#1. MEDIAFIREHBO.COM (click <--situ)


 Laman ni best , sebab laman ni bukan sahaja boleh download filem Hollywood atau Bollywood , tapi korang boleh download software , tv series , dubbed dan macam-macam lagilah. Movie baru dan lama pun ada juga dekat sini.

# 2. EPICMOVIEZ.COM (click <--situ)


 Epic Moviez pun tak ketinggalan jugak , macam laman-laman lain , korang boleh download movie yang bersaiz sederhana dengan kualiti yang baik di laman ini , 300 MB , baikkan ? kualiti pun ok termasuk kualiti suara sekali tau.

#3. MEDIAFIREMOVIEZ.COM  (click <--situ)


  Laman ini pun sama jugak , korang boleh download movie / filem baru dan lama dengan saiz dan kualiti yang terbaik. Zaman sekarang ni , kapasiti memori semua nak besar , kualiti pun nak yang terbaik , zaman High Definiton , alangkah indahnya kalau HD dapat 300mb jer kan?  haha.

#4. MEDIAFIRE4U.COM (click <--situ)


 Sekali lagi , ni pun sama jugak , movie dan movie dan movie dan movie , download lah sepuas hati korang. Tapi website yang ni agak kurang sedikit sumber dia berbanding 3 di atas tu , dan aku jarang download dari sini , tapi aku kongsikan jugak , ye lah , sebagai sumber alternatif kan.


 Lepas korang dah download file-file dari link yang diberikan dalam laman tersebut jangan lupa pulak nak gunakan HJSPLIT untuk gabungkan file-file yang korang download tu , tak ada HJSPLIT ? ok , dapatkan dekat sini. Tau kan macam mana nak guna ? kalau tak tahu tanya dengan yang tahu ye. Kalau ramai lagi yang tak tahu , nanti aku post lah entri macam mana nak guna HJSPLIT tu , tak pun korang search dekat google , mesti ada punyalah!. InsyaAllah. Ok , selamat men-DOWNLOAD movie pilihan anda yah! Ehem2 , takkan baca sorang-sorang jer? pegilah kongsi dengan member , kalau korang ada laman lain pulak , kongsi lah dengan aku... Adios!

Hmmm : Macam cerita HP & The Deathly Hallows part 2 hari tuh , dekat pawagam tempatan tak main pun lagi , tapi dah ada dekat laman - laman ni , erk , kitorang bukan nak sokong cetak rompak :) hehe , tolongla jangan nak jadi MALAIKAT kata benci - benci download , tapi dalam diam , nonton juga movie dari external / usb korang tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...