#Gol Kontroversi Drogba , Gol Saguhati buat mereka. | Malaysia XI vs Chelsea (Friendly)



  94 minit keseluruhan perlawanan di antara Malaysia XI vs Chelsea. Pada pandangan aku , perlawanan ini merupakan perlawanan yang BORING , jika dibandingkan dengan perlawanan Malaysia menentang Liverpool & Arsenal juga pada baru-baru ini.  Game play yang agak boring , Chelsea gagal untuk membolosi gawang dan pertahanan Malaysia yang rata-ratanya merupakan pemain muda Harimau Malaya yang bakal beraksi di Kejohanan Olimpik 2012 nanti. 

  Satu corak permainan yang menunjukkan peningkatan buat skuad Muda kita , walaupun perlawanan ini merupakan perlawanan persahabatan tetapi keputusan perlawanan malam ini juga dapat kita anggarkan prestasi pasukan Muda kita yang duduk satu kumpulan bersama pasukan Jepun , Syria & Bahrain.  Penjaga gawang pada malam ini , Farizal menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan menampan dan menangkap bola dengan kemas. Tiada gol yang berjaya dijaringkan oleh Chelsea sehinggalah pada separuh masa kedua , apabila Drogba mengambil sepakan percuma yang terus ke gawang Malaysia yang menjadi kontroversi kerana jika dilihat pada gambar di bawah , bola betul-betul berada di atas garisan gol.



  Tiap satu dari korang tentu ada pandangan korang sendiri , dan bagi aku , ini cuma kesilapan penjaga garisan padang yang memberikan gol tersebut kepada Chelsea , kalaulah keputusan tadi seri , alamat malu besarlah Chelsea nanti kan. Tak apalah , gol sagu hati ni boleh bawak lah pegi Stamford Bridge tu yah.Dekat bawah ni pulak video full kontroversi gol daripada Drogba.



Hmmm : Freekick macam tu , Safiq Rahim punya lagi killer rasanya. , Torres dekat Chelsea tu langsung tak boleh pakai , jual sajalah pemain korang tu , beli Safee Sali lagi baik :) hahahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...