#The LEGEND Pravintheran & The KING Wayne Rooney

klik gambar utk pembesaran tulang temulang

    Sekarang ni , mesti tengah heboh tentang mamat Pravin. Siapa dia Pravintheran Nair ni ?. Kalau korang ikuti perkembangan skuad Harimau Malaya (Malaysia) , baru - baru ini kan skuad negara baru sahaja menghabiskan cabaran menentang Arsenal & Liverpool. Cuba korang tengok gambar dekat atas tu , snapshot daripada Twitter official Wayne Rooney. Memang bertuah la budak Pravintheran ni , sampai Wayne Rooney pun dah ambik port , tengok video dia. 

    Tapi apa cerita sebenarnya tentang Pravintheran ni ?. Ceritanya sewaktu perlawanan Malaysia vs Liverpool  di Stadium Bukit Jalil hari tu , sewaktu pasukan Liverpool (LFC) tengah menjalani latihan , mamat Pravin ni dengan selamba boleh datang ke sesi latihan Liverpool , dengan menggunakan jersi Manchester United (the 19 time CHAMP19N). Reaksi yang timbul dari ribuan penonton yang menonton sesi latihan Liverpool menyebabkan mamat Pravin ni kena hentam , kaw2 punya. Mengikut cerita , dari penyokong LFC , mamat Pravin ni telah provoke penyokong2 , mengikut info yang disertakan daripada video yang di upload ke YouTube , 

"This guy provoked liverpool fans first by keep showing off his MU jersey. He keep showing and kissing MU badges all the way up to his seat, then raises both his hands and started screaming (i'm not sure if i heard wrongly but he shouted 'champion'?) If he were to sit down quietly and watch the training I think he would at most get 'boo-ed' . 

p/s: this is my observation. I'm neither a fan of Liverpool nor MU, i'm just a football fan :p "




  Banyak yang bertelagah dengan video ni , apalagi kalau bukan dari  fans Liverpool & Manchester United. Agak-agaknya , memang mamat Pravin ni cari nahas bila "kambing masuk ke kandang , Harimau" , semua orang tahu itu sesi latihan "RIVAL" Manchester United , yang masih sakit hati teramat dalam bila pasukan kita memintas rekod kejuaraan mereka yang semakin lapuk itu. Ibarat mencurahkan Petrol ke nyalaan unggun api yang sedang membara , memang terbakar la fans-fans Liverpool yang tengah mahsyuk dengan team kesayangan dorang datang ke Malaysia ni.ROONEY kata mamat Pravin ni Legend , sebab pakai jersi Manchester United yang ada nama dia pegi tengok match rival , GERRARD kata apa plak , bila dia tengok beruk-beruk fans dia ni? BOOOOOO!!!

  Lagi satu pulak , fans-fans Liverpool ni pun dah macam tenuk / beruk aku tengok , sampai nak suruh bukak baju segala. Siap offer baju Liverpool lagi , alah , tak payahla , mamat Pravin tu dah tolak baju Liverpool (SALUTE LU BRO). Orang dah biasa pakai baju CHAMP19N , yang korang offer tu baju kelab dengan rekod yang dah berhabuk , boleh jalanlah dengan jersi Liverpool korang tu. :) . Lagi satu aku suka pasal perlawanan Malaysia vs Liverpool kali ni, dalam ribuan penyokong yang sibuk nak saksikan perlawanan , tetiba ada satu banner CANTIK tergantung dekat Stadium Bukit Jalil "19 GGMU" , memang terbaik lah! HAHAHA! ,Hambik kau Liverpool , walaupun Malaysia kalah 6-3 , tapi aku yakin dan percaya , kalau tidak hanya kesilapan beberapa pemain dan Khairul Fahmi pun seakan-akan sejuk pada malam tu , Malaysia mampu untuk seri dan mungkin MENANG.  





  Apapun , untuk mamat Pravin , you are VERY BRAVE or VERY FOOLISH for your action , apapun , kau dah dapat recognise dari Wayne Rooney KOT!! Wayne Rooney siap kata kau legend lagi , jadi kau memang die hard fans Manchester United lah. Do make us proud :) dalam video tu , mamat Pravin ni sekaligus dah buktikan , ONCE UNITED , ALWAYS A UNITED.

Pravintheran Nair siap ada page sendiri dekat FB tau , boleh ushar dekat sini 

Untuk Liverpool fans , hah , aku bagi korang letupan gol dari Safiq Rahim hambek kau keeper!
tengok video dekat bawah :





Hmmm : Sebenarnya  pada malam tu , mereka main dekat Anfield ke dekat Bukit Jalil ? , Malaysia team pakai Away , Liverpool pakai Home , tengok penyokong , banjir dengan lautan merah. Erk. GO MALAYSIA! Even Manchester United datang sekalipun , aku still pakai jersi Malaysia , walaupun hati sokong Manchester United :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...