# United menang 1-0 di Goodison Park.

Jaringan tunggal Hernandez meletakkan United di hadapan.
     Selepas mengalami mimpi ngeri di Old Trafford minggu lepas , United berkunjung ke Goodison Park , untuk bertemu dengan Everton.United nampaknya semakin mengorak langkah untuk bangkit daripada kekecewaan dengan menundukkan Everton di stadium mereka sendiri. United bermula dengan baik pada separuh masa pertama , dan sememangnya rentak permainan pada kali ini ternyata lebih baik (mungkin disebabkan kehadiran Cleveryly di bahagian tengah ?).
 

     Selepas kemenangan menentang Aldershot dalam perlawanan Carling Cup pada minggu ini , Everton pula menjadi mangsa kepada kekalahan kepada United , selepas jaringan tunggal Hernandez hasil hantaran lintang daripada Evra pada babak pertama perlawanan kekal sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.Perlawanan pada kali ini agak sengit bagi aku , dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan ( De Gea bertindak cemerlang mempertahankan gawang United ). Pada pandangan aku , bahagian pertahanan United masih lagi tidak mempunyai kombinasi yang mantap untuk menyekat serangan lawan.

Vidic cuba merampas bola daripada Saha
   Dengan kehadiran Vidic dan Jones di bahagian pertahanan United , pertahanan pada kali ini nampak lebih agresif dan beberapa keadaan genting di hadapan gawang United berjaya diselamatkan oleh Jones & Vidic. Pertahanan United pada kali ini dimulai dengan Smalling , Jones , Vidic & Evra yang mana pada pandangan aku merupakan satu kombinasi yang agak menarik dan boleh dikatakan "tough". Namun begitu , Everton masih saja mendapat peluang untuk membuat percubaan menarik ke gawang United.

   Babak kedua perlawanan memperlihatkan United merubah rentak permainan daripada menyerang kepada bertahan. Everton tampak lebih menguasai permainan pada babak kedua perlawanan dan United hanya menyerang dengan serangan counter-attack. Secara keseluruhannya , aku berpuas hati dengan game pada malam ini , semua pemain menunjukkan permainan yang mantap , United memperlihatkan permainan yang lebih matang berbanding sebelumnya. S.A.F patut mempunyai barisan pertahanan yang tetap pada masa ini  dan tidak lagi merombak dan mencuba barisan pertahanan yang baru. Glory! Glory! United! City! We'll be there , Watch out. We are not arrogant , Just better.

Hernandez meraikan jaringan
Welbeck , bintang yang semakin menyerlah.

Ulasan Alex Ferguson pada perlawanan kali ini:
"In the first half in particular we played very, very well. Second half we defended well and that was the pleasing aspect for me. Winning 1-0 - I'll take half a dozen of those anytime because that's championship form when you get those kind of results."
 - Sir Alex Ferguson

Credit gambar : ManUtd.com








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...