# MALAYSIA : Kau kebanggaanku. Harimau Malaya Muda mengaum di Gelora Bung Karno


Malaysia : Che Mat Khairul Fahmi; Jasuli Mahali, Omar Mohd Asrarauddin, Fazail Mohd Irfan, Mohd Shas Mohamad Fadhli, Ahmad Mohomad Muslim, Othman Mohamd Fandi, Bakhtiar Baddrol, Mansor Muhd Nazmi Faiz, Wan Zakaria Wan Zaharul, Ramlan Izzaq Faris.

Pasukan Bola Sepak Malaysia , bawah 23 tahun yang berjuang di Sea Games ke-26 , Indonesia , telah pun menamatkan pusing kumpulan dengan menjuarai Kumpulan A lebih 1 mata (10 mata) berbanding Indonesia yang mempunyai 9 mata. Kekalahan skuad Garuda Muda menyebabkan mereka turun ke kedudukan kedua selepas Malaysia.

 Malaysia yang berjaya menempah tiket ke separuh akhir akan berdepan dengan Myanmar pada 19 November 2011. Kemenangan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno nyatanya melenyapkan ego penyokong timnas tersebut yang inginkan kemenangan berterusan skuad Indonesia , malangnya impian itu hancur dibaham Harimau Malaya muda kita.

Skuad negara kita  yang menunjukkan corak permainan yang terbaik setakat ini , pertahanan yang kental , pemain tengah yang kreatif dan juga penyerang yang licik memperlihatkan kematangan dalam corak permainan skuad Harimau kita. Melihat rentak permainan skuad negara kita pada perlawanan malam tadi , meskipun ada beberapa kelemahan yang masih boleh diperbaiki , apa yang boleh aku katakan , Tahniah skuad negara kita. ! Kita membenamkan Garuda sekali lagi di Gelora Bung Karno.

Credit : bilapuyuhberbunyi.blogspot.com


p/s : Meskipun dengan kontroversi Ong Kim Swee yang diarahkan meninggalkan padang , teknologi canggih berhubung dengan walkie talkie apa susah kan ? Terbaik! Tahniah sekali lagi Harimau Malaya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...