# Harimau 'Malaya' ketepikan warga Sabah & Sarawak ?


Rasanya isunya tak besar mana pun , tapi kerana masih banyak pihak yang mempersoalkan istilah / penggunaan nama 'Harimau Malaya' oleh skuad bola sepak negara kita yang diberi jolokan 'Harimau Malaya'. Jadi aku harap entri kali ni dapat menerangkan dan memperbetulkan persepsi mereka yang beranggapan sedemikian.

Apa isu sebenarnya dengan jolokan ini ? , ada rakan-rakan Sabah (aku juga rakyat Malaysia , dan penduduk negeri Sabah) dan Sarawak , yang terasa / merasakan jolokan Harimau Malaya / Selamanya Harimau Malaya itu seakan-akan mengenepikan rakyat Sabah & Sarawak yang juga adalah rakyat Malaysia.

Dengan isu sebegini , timbul dengan cadangan untuk menggunakan Harimau Malaysia , lebih daripada Harimau Malaya. Pada mereka yang tidak tahu , sebenarnya , jolokan Harimau Malaya ini bukannya diberikan atas dasar perkauman tetapi tahukah anda , bahawa jolokan Harimau Malaya ini diberikan atas maskot negara kita.




Apa maskot negara kita ? haa , bagi yang tak tahu , cuba tengok balik Jata negara kita , dua ekor Harimau gagah yang memegang jata negara kita. Kenapa Harimau dipilih ? Untuk pengetahuan semua , Harimau ini bukanlah Harimau biasa dan juga merupakan salah satu daripada spesies Harimau yang terdapat di dunia. Harimau yang diberikan nama saintifiknya The Malayan tiger (Panthera tigris jacksoni) (klik sini untuk mengetahui lebih lanjut ,  harimau ini hanya terdapat di Malaysia / Tanah Melayu.

Disini aku berikan sedikit info mengenai Harimau Malaya / Malayan Tiger atau dikenali dengan nama saintifiknya , Panthera Tigris Jacksoni. Harimau Malaya / Panthera Tigris ini sudah pun diberikan status sebagai spesis terancam.



Jadi adakah anda dapat lihat konotasinya disini ? Harimau Malaya , bukan sahaja mewakili tanah melayu , tetapi seluruh Malaysia , dan bagi isu pasukan kita diberikan jolokan Harimau Malaya , rakan-rakan dan saudara Sabah dan Sarawak kita janganlah berkecil hati , tiada niat pun untuk mengenepikan kita.Jangan berfikiran sempit , buka minda , kita hidup dalam satu negara , dibawah satu langit yang sama.

Pada awalnya , aku juga merasakan perkara yang sama , hingga rasa nak terkecil hati , tapi selidik punya selidik , baru aku faham , apa sebenarnya maksud disebalik jolokan itu. Apa yang penting , Harimau Malaya , Harimau Malaysia , Si Belang , atau apa sahaja jolokan , kita semua berada di bawah satu bumbung , satu bendera , Hitam Kuning menjadi kebanggaan kita.

 
Sepatutnya aku tak perlu keluarkan entri ini ,  kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agama rasanya lebih arif tentang hidup bermasyarakat majmuk berbanding negara-negara lain. Betul tak ? Bola Sepak itu menyatu-padukan rakyat , dan mengeratkan perpaduan , jangan lah kerana hal kecil sebegini kita bertelagah. Kau dan aku bersaudara , Selamanya Harimau Malaya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...