# Info - KL Gangster 2 | Prequel (sepanjang penggambaran)


1 Disember 2011 / 5 Muharram 1433H , telah bermulanya penggambaran dan majlis pelancaran KL Gangster 2 : Prequel , sebuah filem arahan Syamsul Yusof . Selepas kejayaan filem KL Gangster yang mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia , filem KL Gangster 2 : Prequel pula menyinsing.

Mengenai filem kedua KL Gangster ini , kita akan dapat mengetahui bagaimana Malik dan King boleh berkuasa di KL dan bagaimana Malik boleh masuk penjara selepas dikhianati oleh Shark. Disini aku sertakan beberapa snapshot sepanjang penggambaran berlangsung yang di muat naik oleh seseorang insan bernama Thehittman Nazri (Skop Production).
 
 

Gambar dibawah ini adalah hak milik Skop Production / The Hittman Nazri dan gambar-gambar ini anda boleh lihat sendiri di laman rasmi facebook KL Gangster 2 : Prequel ( like lah page official dia ) :
 
Perh , rambut Jai memang gangster lah!
Adegan gaduh Malik ?

Rosyam Nor turut memainkan watak dalam KL Gangster 2 , Castello ?

Castello ?

Gambar majlis pelancaran.

p/s :  Mendoakan Syamsul Yusof dengan filem KL Gangster nya berjaya menambat hati rakyat Malaysia sekali lagi , terbaik cerita ni , bagi sokongan 100% dekat Skop Production ! , dengar cerita , filem ini akan dikeluarkan pada tahun hadapan , Mac 2012 ? Sama-sama kita nantikannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...