PhotographyBebas : Anak muda & Lensa


Nak kenalkan dengan Monaters dan silent reader semua , satu group yang Monat ikuti perkembangan diorang dari awal penubuhan diorang lagi , dan bagi korang yang tak kenal lagi , sila kenal kan mereka sekarang!. Mereka adalah PhotographyBebas.

Apa tu PhotographyBebas? Mereka adalah sekumpulan remaja yang muda-muda belaka dan rata-ratanya masih bersekolah lagi dan berkongsi minat yang sama iaitu Photography. Bila Monat cakap macam ni , sudah tentu mereka turut menggunakan kamera yang mantap dan jitu** aiseh! Yah! Mereka menggunakan kamera DSLR dan sudah pasti itulah hobi mereka.


Kumpulan ini sebenarnya berasal daripada tempat / daerah Monat sendiri , iaitu Tawau , Sabah dan sedikit sebanyak Monat berbangga dengan anak-anak muda daerah Monat sekarang , siapa kata Tawau itu tidak maju? Siapa kata Tawau itu ketinggalan , nyatanya korang tersilap kalau berfikiran sedemikian.Ok! Semenjak dari awal Monat ikuti perkembangan diorang ni , walaupun adakalanya jadi silent reader , tapi Monat terus terang katakan , mereka banyak belajar dari pengalaman dan ya mereka terus maju dan maju kehadapan.

Tak payah Monat banyak cakap dekat sini , korang boleh ushar terus blog / facebook / youtube PhotographyBebas , dan korang boleh tengok hasil shooting / videographer yang diorang hasilkan , bagi Monat , mereka memang berbakat dan boleh pergi jauh , teringat Monat masa muda-muda (sekarang ni dah tua ker?) dulu , bezanya , waktu Monat dulu , tiada komrad yang berjuang bersama , semuanya bergerak solo.










#Akhir kata Monat , moga korang terus maju dan sukses.Untuk terus maju kehadapan , tak semua kawan yang akan kita ketemui , dalam 1000 orang yang kita temui tidak semua akan menyokong dan jangan jadikan itu satu kekangan , keep it up guys! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...