#Tutorial - Memainkan NES game di dalam PSP anda.


Salam cyber Monaters sekalian , lama dah tak post tutorial di dalam entry-entry Monat kan , rasanya kategori Tutorial dah tumbuh lalang dan bersemak samun sebab dah lama tak post tutorial , asyik cerita pengalaman dan mengomel jer Monat kan.Untuk entry kali ni,Monat nak kongsikan cara bagaimana nak memainkan NES game di dalam PSP anda. NES game , tak tahu? Alaa, game tape korang zaman dulu tu , game Super Mario , Zelda , Contra , Popeye , Charlie Circus , Battle City dan banyak lagi.




 Inilah kelebihan bagi korang yang dah hack PSP korang , menggunakan CFW (Custom Firmware) , kerana korang boleh buat lebih daripada member-member korang yang masih terhenti dekat OFW (Original Firmware) tu. Bosan-bosan main game PSP , masukkan game NES pulak , dan size bagi NES game ni, memang betul-betul kecil , tak lebih dari 50 KB , best kan? jimat betul space memory stick korang tu. Ok tanpa buang masa , jom kita projek PSP!

#TUTORIAL
 Sebelum anda memulakan Tutorial ini , pastikan PSP anda :

* Mempunyai bateri caj yang mencukupi (connect terus charger PSP anda lebih baik)
* PSP anda berada dalam CFW (mempunyai Custom Firware , apa saja jenis)
* USB cable PSP <----> PC / Laptop.

Sebelum kita memulakan tutorial ini , anda memerlukan NEsterJ bagi membolehkan PSP anda memainkan NES game , anda boleh download di sini.


1. Extract NesterJ ke dalam Komputer / Laptop anda.
 Selepas sahaja selesai memuatturun NesterJ , apa yang anda perlu lakukan adalah Extract file tersebut dan cari folder yang telah anda extract itu. Di dalam Folder extract NesterJ tersebut anda akan dapat melihat EBOOT.PBP, famicon.dat, NESTERJ.CFG dan the SAVE dan folder STATE.

2. Memasukkan NesterJ ke dalam PSP.
 Connect PSP anda dengan Komputer / Laptop menggunakan PSP USB cable anda dan cari folder MSo:/ PSP / Game , selepas masuk ke folder game , COPY folder NesterJ yang anda telah extract tadi ke dalam folder GAME di dalam PSP anda. Selesai! NesterJ telah berada dalam PSP anda.

3. Memuatturun NES ROMs atau NES Game.
 Untuk memasukkan game NES kedalam PSP anda , anda perlu memuatturun NES game yang anda inginkan. Disini saya sertakan tempat yang mahsyuk untuk anda muat turun NES game / NES ROMs.

FREEROMS (Nes)

(korang cuma perlu taip NES ROMs dekat Google search tu dan berjuta tempat download NES ROMs akan kluar.)

selepas korang dah download NES ROMs tersebut , cari folder NES ROMs yang telah anda muatturun dan extract folder tersebut , hasil daripada extract folder tersebut COPY dan PASTE kan kedalam folder yang sama di mana anda meletakkan folder NesterJ di dalam PSP anda.

4. Memainkan NES ROMs.
 Siap! anda dah boleh mainkan NES ROMs di dalam PSP anda. Mudahkan? Hidupkan PSP anda , dan pergi ke XMB Menu Game , Memory Stick dan masuk ke NesterJ. Anda akan dapat melihat game NES yang anda masukkan ke dalam folder yang sama dengan NesterJ. Enjoy!!!!


 Haa , itu sahaja itu tutorial kali ini , mudahkan? takdelah susah mana kalau korang nak main game NES dekat PSP korang , harap tutorial ni membantu korang dan kalau nak share dengan member-member korang pun Monat tak kisah. Enjoy! PSP for LIFE! Dekat bawah ni Monat sertakan gambar PSP Monat tengah run NES game :) teringat zaman kanak-kanak.. siap gelak sorang-sorang..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...