# Cabaran + Masalah = Inilah Kehidupan - Kenangan terindah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua pembaca setia blog Monat ,







Kali ni nak bercerita tentang kehidupan pulak , amacam kehidupan korang ? Baik? Gembira? Sedih? Muram? Suka? Duka dan banyak-banyak lagi - Hurm , rasanya , selepas artikel Qarmakan Baikkan Balasan hari tu , dalam masa  2 minggu ni , Monat kurang menulis entri tentang advertorial , sebaliknya lebih kepada perkembangan semasa Monat - Ops! yeah , final exam untuk semester 2 tahun pertama Monat dah semakin dekat , mungkin itu juga salah satunya faktor Monat kurang aktif sebentar untuk post entry advertorial mahupun tutorial.


  Monat nak cerita kali ni cuma pasal kehidupan. Tak kiralah berapa banyak masalah yang korang hadapi , dont take life too seriously , kadang-kadang masalah datang bertimpa-timpa yang mencemburui korang yang tengah bahagia menikmati kehidupan , betul tak? . Monat pun begitu juga . Apa yang Monat nak sampaikan disini , hadapi masalah tersebut dan jangan lari dari masalah tersebut , selesaikan satu persatu , hadapi masalah yang mendatang. Percaya lah , kalau korang berdepan dengan masalah korang tu *lu potong jari wa , mesti lu akan rasa nikmat dapat selesaikan masalah korang.




 Kata-kata orang kan , "normal is boring" , yah ada betulnya pepatah tu , jadi jangan takut untuk bermasalah , sebab setiap insan juga punyai masalah mereka sendiri , tetapi ada segelintir yang tak tahu cara nak tangani masalah dorang , sampai ada yang akhirnya , menyerahkan nyawa di tangan sendiri.Bila korang rasa tertekan , ada masalah , bawalah berbincang dengan orang terdekat , tak kira family , kawan , girlfriend atau boyfriend korang. Jangan malu untuk berkongsi masalah anda , dan jangan pula simpan pada diri anda sendiri. Bagi Monat , sebab ini yang selalu Monat lakukan , berkongsi masalah itulah yang Monat lakukan bila berhadapan dengan masalah.


Semester 2 pengajian Monat di sini , memang cukup mencabar , Semester 1 dulu dah cabaran patah kaki waktu main rugby , semester ke 2 ni , Monat pula sibuk dengan aktiviti kolej Monat dan juga kerja-kerja designing sampai ada kalanya  rasa macam takda masa untuk rehat , takda masa senggang , dan rasa macam nak give up semua benda yang Monat lakukan , penat memang penat bila lalui semua ni.Tapi Monat bersyukur , dengan adanya kawan-kawan dan family yang sentiasa menyokong Monat dari belakang , Monat terus kekal meneruskan kehidupan harian dan menyelesaikan satu persatu tugas yang perlu dilakukan :)

 Apa yang Monat cuba sampaikan disini , jangan lah korang takut dan risau dengan masalah korang , hadapi dengan senyuman , kerana semua yang terjadi itu ada hikmahnya dan setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Ok! Monaters sekalian! :) Jalani hidup anda dengan kegembiraan. CHOW!!



P/s : kenangan masa sekolah Rendah dulu , ada sesetengah yang Monat masih jumpa dan tau kat mana ,
korang yang lain pegi mana? harap korang sihat selalu! :) Monat yang mana satu ar?
kenangan masa sekolah menengah! :) Monat jadi pengawas tau! :) Siyesly! Monat rindukan
kelas ni! Dah semua sambung study , kenangan kita semua jangan hilang tau! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...