# Respon aku bila Y.B Datuk Anwar Ibrahim melawat Tawau.


Tawau , 17 July -  Hujung minggu , hari Ahad kali ni , rasa terkejut sekejap bila masuk bandar Tawau , terutamanya kenderaan yang masuk dari jalan Kuhara & jalan Apas , bila terkejut ada sekatan jalan raya selepas Lampu Isyarat Trafik , simpang Empat , Takada. Dalam hati "matilah , roadblock , seatbelt tak pakai..." , sampai-sampai di sekatan jalan raya , pihak Polis rupanya , apa pasal lah buat sekatan jalan raya dekat tempat ni , kereta baru nak "run" 180.. terus gantung.Selidik punya selidik , rupa-rupanya dekat depan ada ceramah rakyat. 

  Dengan ratusan orang yang membanjiri markas PKR , bersebelahan dengan Restoran Sri Pantai , aku agak excited jugakla tengok orang ramai tak semena-mena berkumpul dan bendera-bendera PKR siap terpacak di setiap pelusuk , aku ingatkan Pilihan Raya dah hari ni , rupa-rupanya , Y.B Datuk Anwar Ibrahim datang ke Tawau , ada majlis bersama rakyat katanya. Apapun , sebelum aku nyatakan respon aku terlebih dahulu aku nak buat satu TITIK dekat sini. Sebab , aku tak naklah , bila aku keluarkan entry macam ni , orang label aku orang PKR pulak , pembangkang. Aku katakan disini , Dacing ka , Bulan ka , Roket ka , aku tak ambil port sangat dan bukannya memihak pada mana-mana PARTI sekalipun ya. Berkenaan siapa yang aku sokong dan undi , biarlah itu jadi rahsia peribadi antara aku dan DIA. 



  Pertama sekali aku nak ucap , Selamat Datang ke Bumi Peladang , TAWAU.Aku bukanlah kaki Politikus yang ambik port sangat dengan isu-isu politik , cuma mengambil tahu untuk perkembangan semasa sahaja. Aku tak duduk pun dalam majlis ni , cuma lalu dan lihat dan perhati dan dengar sedikit , amat sedikit , jadi aku tak boleh lah nak hujah lebih tentang majlis ni , tapi apa yang aku nak cerita disini , respon dan pandangan aku tentang segelintir penduduk dekat Tawau ni. Bagi yang memang politikus dan kaki baran politik , gua mintak maaf bro kalau penulisan gua ni buat lu terbakar , tapi ini cuma respon gua ok. Ok , kita sambung cerita , lepas dari sekatan tu , kalau korang yang turun bandar tadi , mungkin akan terlihat dengan "banner" / kain rentang dekat bulatan besar Masjid Tawau tu , yang memprovokasi majlis PKR ni. 


  Aku agak terkejut juga tengok  kain rentang tu , alamak , daerah aku pun ada ekstremis provokasi macam ni jugak ke , alamat betul la , politik ni takda sempadan kan. Memang betul pun. Ini sebenarnya yang aku nak respon , kalau ya pun kau tak undi / sokong PKR , tak perlu nak provoke sampai macam tu sekali , buat rosak mata orang Tawau ni saja , kau tak suka , kau duduk diam , sampai masa Pilihan Raya Umum nanti kau undilah , tak payah nak provokasi sana sini. Aku cakap macam ni , bukan aku sokong PKR atau mana-mana pihak , kalau sekali pun kain rentang yang memprovokasi tu ditujukan untuk Dacing , Roket atau Bulan , aku pun masih tak setuju. 


    Kalau kau tak hormat pandangan orang , macam mana orang nak hormat pandangan atau kepercayaan kau pulak ? Sekali lagi , aku nak cakap , aku tak sokong mana-mana pihak pun , tapi penulisan ni atas respon dan pandangan aku sendiri , kata orang kesedaran sivik la katakan. Lu ada otak , lu pikirla sendiri , kata nabil. Tapi aku kata , lu ada otak , gunakanla sewajarnya untuk mempertimbangkan yang baik dan buruk. Dekat kain rentang bukan main marah nampak ? :) Cubalah luahkan rasa tak puas hati tu depan-depan kan , ha , baru lah TAIKO. Kalau memang betul benar , bawak turun bukti sekali , jadi senang nak hujah. Wahceh.! Apapun , sekali lagi , aku minta maaflah kalau ada yang terasa dengan penulisan aku ni , aku bukannya sokong mana-mana pun , cuma berikan respon aku pada kejadian hari ni , dah tag line blog ni "Dari mata , turun ke papan kekunci kan..." , apa kata lepas ni , tak kiralah siapa pun yang datang melawat , kita sambut dengan hati yang terbuka dan aman. Orang TAWAU kan baik-baik :) Hidup Tawau ku!
Adios.

Hmmm : Tak payahlah nak taksub sangat , pemimpin dengan pemimpin bertelagah , tak kira siapa yang memerintah , alih-alih rakyat juga yang sengsara dengan harga barang semua nak naik. Peace! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...