#Im not rich , I just love to travel and freelancing.

Kesibukan BUKAN menjadi satu penghalang untuk berjaya.
   Saban hari kita menjalani kehidupan seharian yang semakin hari semakin mencabar , dengan zaman sekarang yang dikatakan zaman teknologi tinggi , kehidupan seharian kita sedikit sebanyak akan berkait dengan kemajuan teknologi pada hari ini. Sebenarnya peluang kita untuk lebih berjaya dalam hidup pun turut sama lebih luas berbanding kalau kita lihat 10 tahun kebelakang , dimana taraf hidup di negara kita masih lagi jauh kebelakang. Jika dibandingkan hari ini , walaupun tidak secara menyeluruh , rata-ratanya rakyat di negara kita , sudah mengenali apa itu teknologi moden.


  Hari ini , untuk berjaya dalam hidup sebenarnya bukan sesuatu yang sukar untuk dicapai , tidak kira dalam apa bidang sekalipun , kejayaan hanya dicapai bila seseorang individu itu berani untuk bermimpi dan berusaha untuk merealisasikan mimpinya. Individu yang berani untuk bermimpi tetapi tidak melakukan apa-apa untuk merealitikan mimpinya hanyalah tinggal mimpi dan kenangan.

Jauh perjalananan , Luas pandangan , Besar peluang.

  Aku bukanlah berasal daripada keluarga yang mewah dan kaya raya , tetapi aku minat untuk mengetahui dan mempelajari bagaimana seseorang individu itu boleh berjaya dalam hidup. Sedari awal aku mengenali dunia komputer dan grafik , masa tu masih zaman "dial-up" connection , dan bil internet pun memang mahal waktu tu. Belum ada lagi UniFi macam sekarang , WiMax , YES dan Streamyx. Tiap hujung bulan , bil internet akan sampai ke rumah , memang tiap kali tu jugaklah , jantung berdebar dengan amaun bil internet yang melambung-lambung disebabkan penggunaan yang berlebihan. 

  Meskipun mendengar bebelan mak dan ayah yang berusaha berkerja siang malam untuk menampung hidup kami sekeluarga , dengan mak dan 3 orang adik beradik termasuk aku. Aku bukan tak faham , aku faham dengan keadaan itu , cuma dengan minat yang mendalam terhadap dunia komputer dan grafik membuat aku ingin mempelajari lebih dalam mengenainya. Aku tak ada komputer sendiri sehinggalah aku tingkatan 3 di alam persekolahan , itulah komputer pertama aku (sebenarnya dah lama rosak , kakak aku punya pun..) , bila dapat keputusan yang memberangsangkan sewaktu keputusan PMR diumumkan, barulah dapat  dibaiki komputer yang rosak tu.Nak dapat komputer punya pasal , memang struggle gila study nak dapat result gempak untuk PMR.



  Setapak demi setapak aku belajar mengenai dunia perkomputeran dan grafik , sampailah ke IPTA , masih lagi meneruskan minat terhadap freelance untuk editing gambar dan designing. Sebelum aku menyambung pelajaran ke IPTA , aku sempat kerja "part-timer" sebagai pereka grafik dan admin IT  buat sekejap waktu untuk "test" power designing di sebuah syarikat perhotelan dan pelancongan yang memerlukan publisiti yang meluas , iaitu di Herigate Hotel dan Mataking Island , disamping mencari pengalaman dalam bidang freelancing. Alhamdulillah , pengalaman yang aku dapat sememangnya berbaloi.

  Bila dah berada di IPTA , peluang untuk freelancing tu menjadi lebih luas ,aku mula memberikan tumpuan pada blogging + designing +  belajar , sambil freelancing , sambil belajar. Ada yang kata sibuk , yah memang sibuk , disinilah kemahiran membahagikan masa diperlukan. Kalau tak pandai bahagikan masa antara kerja dan masa senggang , memang akan hanyutlah di alam IPT ni. Bukan macam zaman sekolah , masa di IPT , kita yang tentukan dan urus sendiri jadual harian kita , dan sedikit sebanyak hal ini mematangkan aku , tambahan lagi jauh daripada rumah dan keluarga , hidup aku di IPT jadi sebagai seorang perantau.

HPMini210 , sentiasa menemani kemana jua aku merantau.
  Bila dah berada di tempat orang , jauh dari keluarga dan rumah , timbul satu minat baru yang aku suka buat , terutamanya sewaktu cuti semester kuliah , kalau aku tak balik ke Sabah , aku suka merantau ke tempat-tempat baru , tak kiralah dekat atau jauh. Sebenarnya , untuk travel ni , tak semestinya kena mahal-mahal , tak tahulah kalau korang , bagi aku , aku suka travel sorang-sorang , baru rasa adventure tu. Naik pengangkutan awam je sudah memadai aku nak pegi travel sana sini , Melaka ? Perak ? Johor ?  aku dah pergi. Nak rasa sendiri dan tengok sendiri negeri-negeri di Tanah Melayu ni. Sambil-sambil travel , boleh tengok peluang untuk freelancing di tempat lain , disamping cari benda baru.

  Apa yang aku cuba sampaikan disini sebenarnya , untuk berjaya dalam hidup , kita sendiri yang berusaha dan tentukan sejauh mana kita nak berjaya dalam hidup (dengan ketentuan dari Illahi.) Apa yang penting sebenarnya usaha kita untuk berjaya. Mungkin ada ahli keluarga dan rakan-rakan yang kadang-kadang tidak faham dengan apa yang kita lakukan , hanya diri kita sendiri tahu apa yang kita lakukan itu betul ataupun salah. Bila kita rasakan apa yang kita lakukan tu adalah betul , berusaha dengan betul dan teruskan apa yang kita lakukan. InsyaAllah kita akan capai apa yang kita nak.

Dengan coursemate aku , Nasyrul Hakim
   Macam yang telah aku ceritakan di atas , aku bukanlah berasal daripada keluarga yang mewah dan kaya raya , aku cuma berasal daripada keluarga yang sederhana , untuk mendapatkan gadget - gadget dan benda yang aku nak , aku tahu , aku tak boleh susahkan fikiran mak aku untuk bagi apa yang aku nak , aku tak macam anak orang kaya lain , yang bila dia nak sesuatu , terus dapat , aku ? aku kena berusaha sendiri , walaupun , aku tahu , mak aku tak pernah tak bagi apa yang aku nak (terima kasih mak! ). Bila dah besar panjang macam ni , aku lebih berusaha untuk dapatkan segulung degree disamping freelance dengan tekunnya. HAHA!.

   Bila korang belajar dan dalam masa yang sama , bekerja , apa yang penting , korang perlu pandai bahagikan masa. Kadang - kadang , aku hairan juga tengok ada kenalan yang merungut sibuk itu , ini sampai tertinggal kuliah , tak siap kerja / assignment , tapi nak kata sibuk 24 jam , ada ja menghadap facebook 24 jam. Masalah sebenarnya adalah pembahagian masa. Bila pandai bahagikan masa , insyaAllah , tiada masalah kalau nak sibuk itu dan ini , aku bukanlah nak kata yang aku ni pandai sangat , kadang-kadang tu aku ada jugak ter-skip kelas , tapi make sure bila dah ter-skip tu , pandai-pandailah ganti kelas tu.

Dimana bumi dipijak , disitu langit dijunjung.
   Apapun , bila korang dah buat sesuatu tu , buat dengan betul-betul dan jangan mudah mengalah , kadang-kadang kita tak selalunya akan berjaya , belajar daripada kegagalan , kerana kegagalan yang akan mematangkan kita kan. Bila terjatuh , bangun semula , mula daripada bawah , setapak demi setapak , insyaAllah satu hari nanti , kita akan berjaya. Aku pun belum lagi boleh dikatakan berjaya , sebab aku masih belum mencapai apa yang aku betul-betul inginkan. , tapi satu hari nanti aku percaya aku berjaya mencapai apa yang aku inginkan dan citakan.

the end of part one.

p/s : aku saja kongsikan cerita ni , untuk memotivasikan orang lain yang kadang-kadang rasa kesibukan membunuh dirinya. Sebenarnya kesibukan tu adalah satu masalah yang baik untuk mematangkan diri kita disamping belajar daripada kegagalan. Entri kali ni juga aku taip , untuk memotivasikan diriku yang kadang-kadang terlupa bagaimana aku boleh berada di mana aku berada sekarang.


Tempat aku selalu melepaskan stress bila terlalu banyak kerja nak buat.
Travel can relieve your mind when you are too busy.
 " I will never be ashamed of what I am
I'm being born in a working class
They made me strong and hard to break
No one can ever step on me


The working class life is a life I know
and it made me to what I am today
I will never let anyone mess with me

and never give up when the problems come

I will never take shit because I'm poor

It's nothing I choose, that's the way it is
I can't go back and change the past
it's the future I'm fighting for "

Perkele - No shame


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...