# Info - SMSby50 | Sync by 50™ pesaing BeatsbyDre ?


Baru - baru ini (6 hari lalu), 50Cent telah melancarkan  produk miliknya sendiri , iaitu SMSby50. Apa dia SMSby50 ni ? Jangan tak tahu pula , sudah pasti anda pernah mendengar mengenai produk daripada Dr.Dre bukan ? iaitu BeatsByDre , kalau belum juga , cuba baca entri aku mengenai produk BeatsbyDre disini.

Seperti Taiko besarnya , Dr.Dre , 50Cent akhirnya berjaya melancarkan produknya yang tersendiri yang diberi nama SMSAudio. Sekali imbas , memang nampak menarik dan stylo produk daripada SMSby50 , dan secara dukacitanya , produk ini sudah tentu belum sampai di pasaran Malaysia.(tak lama lagi bertaburan la produk counterfeit SMSby50 ni , macam BeatsbyDre , erk!)



Jom kita lihat pula produk keluaran 50Cent ni , seperti BeatsbyDre , SMSby50 menawarkan 3 jenis audiophone yang memang menarik , produk kategori Wireless , Wired & Earbud / earphone. Pada pandangan aku , produk ini tidak kurang lebihnya seperti produk BeatsbyDre , tetapi kelainan yang dibawa oleh SMSby50 aku belum boleh cerita lebih sebab aku masih tak gunakan produk ni lagi.


Tidak seperti BeatsbyDre yang mempunyai authorised dealer seperti Apple Store , berkemungkinan untuk produk ini lambat sampai ke Malaysia adalah tinggi T.T. Secara seriusnya , wired headphone daripada 50Cent ini nampak lebih garang dan besar! Mengenai kualiti , aku tak dapat cerita lebih macam aku cakap sebelum ni , sebab aku tak rasa lagi. Mampu kah SMSby50 menyaingi kualiti audio daripada BeatsbyDre ? 

Nampak ranggi dan funky , rasanya memang pekak telinga kalau guna earphone ni , memang terliur jugak aku waktu tengok earphone daripada 50 ni. Agak-agak , harga cecah ribu jugak ni kan ? Jangan pura-pura tak tahu , earphone BeatsbyDre (Solo) paling murah pun RM1000++ , belum cerita Studio / Detox , jadi aku menganggarkan bahawa SMSby50 juga turut berada dalam lingkungan harga macam tu untuk Headphone.

Versi Wireless , SMSby50 | Sync 

Versi wired SMSby50 | Street

Versi earphone / earbud SMSby50 | Street.
Setakat ini , ketiga-tiga produk ini adalah produk audio daripada SMSby50 , untuk earbud kaler hitam tu memang stylo , dan aku sebenarnya lebih prefer earbud / earphone daripada headphone , kenapa ? Sebab earphone masuk dalam telinga , jadi kualiti bass + bunyi memang tahap maksima , capai tahap nirvana dalam muzik lah katakan. hehe.

Ini pula adalah trailer official daripada SMSby50 , sempena pelancaran produk terbaru SMSby50 :



apapun , kalau korang nak tau lebih lanjut tentang produk ni , boleh lah terus ushar page official untuk SMSby50 ni :

Laman rasmi SMSby50 : SMSby50.com
Facebook page SMSby50 :
 SMSby50 @ Facebook



Jadi , kalau korang dah ada produk ni , nak bagi aku pinjam untuk review kejap pun amatlah dialu-alukan, nak bagi sebagai hadiah pun boleh jugak ? :P! hehe. Terima kasih kerana membaca entri-entri themonat.com , andalah nadi untuk aku terus update entri dalam blog ni. Stay Tune!

50Cent dalam temuramah bersama Majalah Vibe , mengenai produk terbarunya,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...