2 hari yang lalu , aku telah mendapat "notification" daripada Blackberry Apps (BB Apps) bahawa mereka baru sahaja menawarkan beberapa buah applikasi menarik untuk para pengguna Blackberry. Aku terus mengambil kesempatan ini untuk melihat apa aplikasi yang menarik , dan Vlingo merupakan senarai utama dalam BB Apps.
Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengetahui apa sebenarnya kegunaan aplikasi Vlingo kepada penggunaan harian anda bukan ? Entri pada kali ini akan menerangka kepada anda , apa itu aplikasi Vlingo dan platform yang digunakan di dalam entri ini adalah Blackberry O.S 5.
Vlingo adalah aplikasi yang dibina khas untuk Apple, Android, Blackberry, Nokia dan Window, yang mengesan suara dan melaksanakan tindakan. Secara ringkasnya,anda cuma perlu bercakap untuk memberi arahan kepada Smartphone anda. Sebagai contoh : Terdapat beberapa arahan yang kebanyakannya digunakan atau ditakrifkan seperti "Text Ossi Edora , Call Momma , Open Calendar , Check Wheather in.... , Find me a... , Open apps.. , Vlingo , set alarm... " dan banyak lagi...
Anda cuma perlu menekan butang yang telah anda set-kan kepada butang Vlingo dan anda boleh memberikan arahan untuk Vlingo melaksanakan arahan tersebut. (Voice command) . Aplikasi ini sebenarnya lebih berguna apabila anda sedang memandu , berjalan , tengah melakukan kerja-kerja yang memerlukan anda fokus dan tidak memerlukan anda menaip key-pad pada telefon anda.
Dibawah ini adalah screen-capture terus daripada BBApps yang telah aku gunakan :
Secara ringkasnya , Vlingo adalah aplikasi yang berfungsi dengan mengesan suara dan daripada arahan suara tersebut , Vlingo akan mentafsirkan arahan tersebut dan melaksanakannya di dalam telefon anda. Mudah bukan ?
Bila anda telah memuat turun aplikasi Vlingo ke dalam BlackBerry anda , paparan di bawah ini akan terpapar pada skrin telefon anda. Terdapat 3 pilihan / menu utama , iaitu What Can I Say ? , Tell A Friend , dan SafeReader
Di dalam menu pilihan ini , anda akan mendapat info ringkas mengenai arahan apa yang anda boleh berikan kepada Vlingo untuk cik Vlingo kita laksanakan , sebelum terlupa nak beritahu , selain daripada arahan untuk Call atau Text , aplikasi Vlingo memerlukan anda mengaktifkan plan internet pada telefon anda sebelum anda boleh memberikan arahan yang lain. Pada pengguna blackberry , sekiranya anda melanggan plan BIS yang merangkumi internet , anda tidak perlu risau.
Anda cuma perlu mengikuti arahan semasa anda memasukkan Vlingo ke dalam telefon anda. Dibawah ini adalah contoh arahan yang anda boleh berikan , disamping itu banyak lagi arahan yang anda sendiri perlu terokai apabila anda berkenalan dengan cik Vlingo kita ni.
Apa yang membuatkan Vlingo istimewa sekali lagi adalah dengan fungsi SafeReader , bagi anda yang gemar sangat mesej / bertelefon ketika memandu , SafeReader adalah penyelamat anda. Kenapa ? Ini adalah kerana SafeReader akan membantu anda untuk membaca mesej / email / calendar / reminder / alert anda sewaktu anda memandu , jogging , menunggang motor , atau apa sahaja keadaan.
Jadi anda faham kan kenapa aku katakan Vlingo merupakan personal assistant ? Vlingo akan turut mengingatkan anda tentang appointment / temu janji anda mahupun 'synchronisation' event anda daripada Facebook. HEBAT!
Lain-lain fungsi untuk penggunaan Vlingo aku tunjukkan dalam gambar di bawah , sebagai contoh : aku memberikan arahan "Vlingo , Note To Self , Play FIFA 12 " , maka , cik Vlingo kita akan membuka aplikasi TASK pada telefon anda.
Apabila anda ingin Update status Facebook / Twitter anda , anda cuma perlu memberikan arahan "Vlingo , Update Facebook (status anda) " , dan dalam gambar dibawah , aku telah memberikan arahan "Vlingo , Open Facebook.."
Dibawah ini pula adalah contoh apabila anda ingin menghantar mesej tanpa perlu menekan punat keypad anda , anda cuma perlu memberikan arahan , "Vlingo , Text (nama penerima) dan (mesej anda). "
Untuk menghubungi seseorang pula , anda cuma perlu memberikan arahan "Vlingo , Call (nama yang anda ingin hubungi.." ,
Kesimpulannya disini , apabila anda menggunakan aplikasi Vlingo dalam telefon anda, baru anda akan dapat merasai sendiri bagaimana seronoknya menggunakan aplikasi ini , disamping itu , bagaimana aplikasi ini memudahkan urusan anda.
Sebelum saya terlupa , Iphone4S sedang hangat dipasaran sekarang dengan teknologi SIRI yang juga seperti Vlingo , bagi aku , itu untuk Iphone4S , dan Vlingo adalah untuk platform yang lain , jika anda rajin , boleh lah mencuba carian di tempat pak cik Google mengenai perbandingan SIRI dan Vlingo , mengenai siapa pemenang ? Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Nak download aplikasi Vlingo ? : DOWNLOAD DISINI
Ataupun sekiranya anda masih musykil dan inginkan penerangan lanjut , boleh lah ke laman rasmi mereka disini : KLIK SINI