myHPmini210

myHPmini210-1073TU
J Assalamualaikum J Untuk artikel pertama kali nie~ aku nak menyentuh mengenai netbook yang sedang hangat dipasaran (eh ye ker?) ehe. Bukan apa,lagipun netbook nie aku guna untuk assignment , entertainment , browsing dan banyak lagi.
Ok,netbook keluaran HP mini 210 ni adalah gadget yang memang cute dan sempoi,dengan size nya yang kecik dan senang dibawa kemana saja memang tak dinafikan,membuatkan aku senang hati menggunakan netbook nie.Ok mari kita masuk ke spesifikasi laptop nie,nie adalah daripada pemerhatian aku semenjak aku guna netbook ni (rasanya dah 1bulan lebih,setakat ni tiada masalah).
Netbook mini ni dilengkapkan dengan kemudahan asas bagi sesebuah komputer riba yang memudahkan urusan dan kerja anda,seperti Webcam , Microphone , Bluetooth , Wireless , Card Adapter , 3 Usb port , Cable connection port , Monitor port dan pada bahagian battery tu,bila korang buka korang akan Nampak slot untuk SIM CARD (dengar cerita HP Mini210 nie support 3G? aku masih kurang pasti dan masih menggali maklumat mengenai hal ni.) pendek kata,spesifikasi yang lengkap untuk anda.
RAM pula dilengkapi dengan 1GB (standard,boleh di upgrade kepada 2GB).Hah,niela yang aku nak tunjukkan korang,kat sini korang boleh lihat gambar yang aku post kan nie,adalah HPmini210 aku yang aku dah buka,dan tunjukkan lokasi kat mana part-part netbook nie J.
OS pula adalah Windows 7 starter,dan bercakap mengenai OS ini,jangan terkejut sekiranya anda tidak dapat menukar wallpaper pada windows ini.Hal ini kerana Windows 7 starter memang tak leh tukar wallpaper J Jangan risau,berterima kasih pada cerdik pandai IT diluar sana yang dah cipta satu software (korang perlu install dan guna untuk tukar wallpaper) yang membolehkan korang menukarkan wallpaper korang kat HPMini210 nie J (aku sertakan link kat bawah k.)
Apapun setakat ni aku memang berpuas hati dengan HPMini210 aku nie J Bini kedua yang aku jaga baik2 (habis tu sapa plak bini pertama???!!!) :P! hahaha~ :P! Aku rasa sampai sini jak~ Kalau ada apa2 yang korang nak tanya atau berkongsi pendapat,anda amat dialu2kan,jangan malu dan segan! J
Link download OCEANIS background changer Windows 7 starter :




Photobucket




Photobucket




Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...