Hujung minggu di KLANG ~

 Hype~ duh~ :) Hujung minggu baru-baru nie En.Monat telah bersiar-siar ke rumah Cikgunya yang pernah mengajarnya di SABAH dahulu..HAH??! Siapa dia? Orang nya tak lain tak bukan~ iaitu Cikgu Ajang A.K.A Moh Azam (sukak trep innocent walaupun ternyata sua salah). 


   Aliff Liemek (Nota Ringkas) lah insan yang mengambil aku di Kolej Pendeta Za'Ba,lebih kurang pukul 7 ptg , hari jumaat :) bersama dengan Abang MAMAT yang poyo dan Cikgu Ajang yang innocent.Best dan memang happy dapat jumpa orang-orang ini.Tak banyak cerita aku nak cerita pada hari pertama aku disana,selain lepak di rumah dan mengonline kan diri selama 24 jam (pura-pura tak tahu ada Midterm Linguistic pada hari isninnya)... nie maw cerita nie! :( dalam happy tu sedih gak~ yela~ tinggalkan naziah mohamad sekejap kat kolej :( time aku nak pergi tu~ sempat lagi dia hantar aku ke keta dan bekenalan ngan Alif,Cigu Ajang dan Abang mamat yang POYOSSSS~ :P!




Walaupun abang Mamat poyo dan trep kuat dari aku,hehee~ tapi masakannya sedap,malam sabtu tu,dia kata dia dapat idea nak masak..Lalu kami pun singgah la di TESCO,aku pun tak tahu apa nama tempat tu,yang penting TESCO la,dah si Abang MAMAT membeli ikan~ dan sampai di rumah terus dia mengerjakan ikan-ikan tersebut (sebanyak 4 ekor kesemuanya yah,harap maklum). APA HASILNYA??!! Tadaa,inilah dia resepi (IKAN BAWAL (kalau tak silap) MASAKAN 3 RASA) abang mamat cakap la... Tapi! ERM! Walaupun abang Mamat poyo~ Ternyata dia memang pandai memasak,sedap lagi tu! Hingga menjilat jari la katakan! :P! ehheehe


     Memang best la lepak di rumah cigu Ajang~ bukan selalu aku dapat pergi ke sana~ Yalah~ Kan Cigu berada di Klang~ Bandar UTAMA SI FAZIR!! aku plak di Serdang..kira jauh jugalah perjalanan.Tp aku tetap happy~ :) Malam minggu tu pulak,Aliff dan kawan-kawan engineering nya :) Mengajak aku ngan Cikgu Ajang pegi KAROK (Karaoke lah) , memandangkan takda nak bwat apa pada malam minggu,join sekaki! :) Aku dengan tongkat ajaib pown tidak ketinggalan! :P!


  Fuad,Amin,Anis itu dia kawan-kawan engineering si Aliff (NOTA RINGKAS),memang kilik-kilik juak~ tp paling aku locok sekali,si FUAD!! Dia orang sini,tinggal kat Ulu Langat .. Kalau dia cakap sabah~ FUH! Pelat dia nda lari.. "Ada brani ka boi..??" "Ok ka Boi?" hahaa~ mesti ada "BOI" nya~ kalau nda pown... "SIAK" eheheh :) Fuad-fuad..ko bwat aku ketawa terbahak-bahak ketika menulis blog ini.


  Malam tu memang semua feeling la menyanyi lagu pilihan masing-masing,semua sudah macam artis ku tengok,Aliff,Amin,Fuad,Anis siap naik atas kerusi lagi oleh kerana telampau feeling menyanyi di Karok!.:) Lepas dah karok,singgah dekat kedai mamak,aku tak ingat pulak nama Restoran tu tau,nantilah aku ushar-ushar balik.. Overall,malam minggu ku pada kali ini yang selalunya duduk di bilik,study,game,assignment atau tidur berubah kepada yang amat janggal bagiku..:)
(best jugak patah kaki ni...jadi V.I.P sikit,hm tapi maksabal sak la sama si Ajang sama si Aliff..nda abes2 mengolok...)
Hari ahad takda kemana-mana pown,duduk rumah lepak,tidur sebab cigu Ajang ada business talk! :) ehehehe! Sampai menunggu2 suda kami,si Aliff plak kluar masuk bilik sudah (aku tak tahu,ni si Aliff yang cakap,aku tengah membuta masa dia buat adegan kluar masuk bilik nie...) Sampailah dekat pkul 7.30 barulah kami bersiap-siap..maw kemana kunun??? (balik UPM la,takkan tak maw hantar aku balik!) ,tp sebelum balek,menyinggah sekejap di Jaya Jusco Bukit Tinggi,dengar kata ni adalah Jaya Jusco yang terbesar kan???


Niat utama ke Jaya Jusco adalah,membeli selipar (aku) dan si Aliff spend makan big Apple! YUMMY! Big Apple memang sedap sekali yah :) hehe~ barusan la aku lepak disitu,itupun di spend,selama 20 tahun aku hidup di muka bumi,pada kali itulah aku duduk di Big Apple,menyantap donut yang ERMM!!! sedapnyaaaa~ :) Thanks for Aliff and Cigu Ajang yah! Dalam pukul 11.30 malam aku selamat sampai di KPZ , UPM~ :) Aliff and Fuad yang hantar dan menyempat lagi lepak sekejap di bilik berkenalan dengan roommate aku..AFIQ :) Btw..I Have a nice weekend and Im happy~.


 by : Monat 2010 ©

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...