a Tribute to Heath Ledger - Why So Serious?

Macam joker tak?


WHY SO SERIOUS? , ungkapan yang famous dalam filem BATMAN : Dark Knight (2008) , filem ni jugalah yang menyerlahkan lakonan mendiang Heath Ledger (R.I.P).Untuk entry kali ni Monat bawakan kisah Heath Ledger sempena mengenang pemergian mendiang yang akan genap 3 tahun pada 22 Januari 2011 ini...

Dalam filem BATMAN : Dark Knight (2008) , watak Joker memang hidup diatas lakonan mendiang Heath Ledger yang membawakan watak ini. Bagi memastikan watak yang dibawakannya berkesan , Ledger memberitahu majalah Empire semasa sesi temuramah..



Mendiang Heath

"Saya duduk dan menetap di sebuah bilik hotel di London selama sebulan, mengunci diri, menulis sebuah buku harian kecil dan bereksperimen dengan suara saya - perkara ini penting untuk mencuba dan mencari suara yang akan menjadi ikon dan inspirasi kepada watak ini seorang psikopat - seseorang yang sangat tidak ada hati nurani terhadap tindakan-nya ", sosiopat yang mutlak, kejam ,badut yang jahat.."




Dengan lakonan Ledger yang begitu mantap dan hidup , mendiang telah berjaya merangkul anugerah Academy Award for Best Supporting Actor dan merangkul Golden Globe Award for Best Supporting Actor , pada saat beliau menerima pengiktirafan ini, mendiang telah pun meninggal dunia kerana penyalah gunaan dadah.



Pada 22 Januari 2008, Ledger ditemui tidak sedarkan diri di tempat tidurnya oleh orang gajinya, Teresa Salomo,dan pemijat nya, Diana Wolozin, di apartmen Ledger,di tingkat empat,421 Broome Street,SoHo Manhattan.Setelah dua minggu berlalu dan spekulasi media massa yang hangat menceritakan tentang kemungkinan penyebab kematian Ledger, pada tarikh 6 Februari 2008, Office of the Chief Medical Examiner of New York,berdasarkan autopsi awal 23 Januari 2008, dan analisis toksikologi lengkap,mendiang Heath Ledger , laporan autopsi mendapati mendiang telah mengalami over-dos akibat pengambilan oxycodone, hydrocodone, diazepam, temazepam, alprazolam dan doxylamine , sehingga menyebabkan keracunan terhadap diri mendiang.



Satu kejutan buat peminat Heath Ledger , dan bagi Monat pula , Monat mengenali / menonton lakonan beliau pada pertama kali apabila beliau membintangi sebuah filem yang Monat selalu tengok dekat astro dulu dan cerita tu memang best , A Knights Tale tajuk cerita tu.. dan juga Batman : Dark Knight yang betul-betul mengangkat nama mendiang.Apapun bukan masalah dadah yang menjadi perbincangan tetapi karya yang beliau telah lakonkan , dan disebabkan itu, Monat respek dengan mendiang Heath Ledger.. R.I.P , gambar yang Monat edit tu adalah tribute untuk mendiang.

p/s : Artis-artis dekat Malaysia ni pun dah ramai jugak yang kantoi kan? haii...nak ikut jejak langkah hollywood ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...