#Mengapa Saya Menulis Blog? Part 1


        Assalamualaikum dan Salam Cyber kepada Monaters semua , pertama sekali Monat nak ucapkan terima kasih pada korang semua kerana menyokong Monat selama ini di dalam dunia blogging.Dari hari pertama Monat blogging sampailah sekarang , korang masih setia lagi membaca entry-entry Monat yang tak seberapa ini.Sebenarnya , entry Monat kali ini , Monat nak ceritakan pengalaman Monat sepanjang Monat ber-blogging ni.


        Bagi yang kenal Monat dalam dunia realiti , taulah kehidupan Monat setiap hari macam mana dekat UPM ni kan? , tambah-tambah lagi bila dah jadi Exco ICT & Multimedia , selain pegi kuliah , duduk dalam bilik study / revise , Monat akan lepak menghadap PC/Lappy dekat cyberlab kolej , takpun menghadap PSP. Kalau takda kuliah , Monat akan ambil masa untuk blogging dan facebook , sambil surfing internet nak tahu perkembangan semasa , maklumlah dekat kolej ni , bukan tak ada bilik TV , tapi nak duduk dalam bilik TV tu , semua orang ni bukan sama citarasa kan? Kita nak tengok TV3 , dia nak tengok HBO , dia nak tengok Sports. Jadi penyelesaiannya , baik Monat surfing internet.

        Monat tertarik dengan satu quote dari seorang karyawan yang Monat suka iaitu Saharul Hasril Sanin , dalam quote yang dia nyatakan dalam buku yang Monat baca tu , "Penulis adalah Penipu" . Apa maksud quote tu? Korang boleh tafsirkan sendiri. Bagi Monat , apa yang dimaksudkannya adalah , seorang penulis , dia mampu mencipta watak / suasana dalam penulisannya , berdasarkan fakta mahupun autanya. Apa yang penting adalah cara penulisannya. Kuat hujah yang diberikan , pasti penulisannya akan dipercayai.Monat ambil contoh disini , macam Monat lah , di dalam dunia blogging , mungkin kalau ada pembaca-pembaca entry Monat ni , mesti akan menganggap Monat ni mamat Jambu sebab Monat membahasakan diri ini sebagai Monat.

        Bukan apa , sebenarnya Monat lebih selesa membahasakan diri ini sebagai Monat berbanding menggunakan Aku / Saya / Patik (wow!).Kalau kenal Monat yang realiti , tengoklah Jambu ke tak , silap hari bulan ada yang bersimen kaki siap pakai tongkat nanti! haha!.Ok , sekarang mari kita masuk pada entry kita (rupanya dari awal tadi tak masuk-masuk lagi ya?).


Source : bookblogs.ning.comgroupbloggingtips


        Kenapa Monat menulis blog? Pertama sekali , Monat boleh katakan , semua ini disebabkan oleh MINAT. Apa-apa yang kita buat pun , semuanya bermula dengan kerelaan hati.Betul tak? , yah,bagi Monat apa-apa yang Monat buat semuanya berdasarkan daripada minat , kalau dah tak minat , nak buat apapun tak jalan.Macam menulis blog ni jugaklah , Monat minat untuk berkongsi cerita dan bila ada feedback , bermotivasi lebih lah Monat untuk update entry-entry baru dan menarik.Tapi..kan... apa yang menarik sebenarnya tentang blogging ni? dan apa ada dengan seorang blogger?


        Kalau korang nak tau , sebenarnya blogging ni , bukan saja korang boleh dapat kawan baru , terokai dunia baru , cerita tentang macam-macam dalam blog korang , jadikan blog korang sebagai e-diari. Kalau mak korang tengok korang menghadap PC/Lappy blogging setiap masa mesti korang dah kena sound kan ;

"Abu / Rapeah , kau ni takda benda lain nak buat , asyik fesbuk / beloging saja...langsung takda faedah..." 

        Hah! kita stop dekat situ , kalau ada yang rasa blogging ni langsung tak membawa faedah , itu bukanlah salah blog , tetapi salah orang yang blogging itu sendiri , kalau diguna ke jalan salah dan tak berfaedah , memanglah langsung tak ada faedah.Bagi Monat , ini jawapan Monat bagi mereka yang bertanya , kenapa tak main facebook jer? tak perlu lah blogging , susah lah nak coding-coding semua tu. Monat nak cakap disini , yang korang update status , main game dekat facebook , komen sana sini situ sinun , boleh buat duit ke? #habis tu blogging boleh buat duit? Monat akan jawab , BOLEH! kalau kena pada caranya *itu kita akan cerita kemudian yea.



Apa ada pada seorang Blogger?

        Hal ni bergantung pada seorang blogger itu sendiri , samada blogger tersebut adalah blogger yang jenis berdisiplin dalam blog dia ataupun tidak.Ada macam-macam jenis blogger di dunia ni , al-maklumlah , lain orang lain citarasa.tapi apa yang penting dan rata-ratanya semua blogger mempunyai satu ciri yang sama , iaitu TRADEMARK.Setiap blogger pasti mempunyai trademark mereka yang tersendiri dalam menentukan halatuju blog mereka. Ok! Mari masuk , apa ada dengan seorang blogger?

#1.    Bagi Monat , seorang blogger ni , ilmu dia luas , sebab bila Monat ber-blogging ,sumber rujukan itu kena ada sebelum Monat post apa-apa entry. Banyak site-site yang Monat akan jadikan bahan rujukan seperti Google , MalaysiaKini , Utusan , Google Translate , Wikipedia , Youtube dan tidak lupa kepada ciptaan social networking terbaik , Facebook *banyak lagi , kalau nak senarai satu-satu , ntah berapa panjang lah entry ni nanti.Secara tak langsung , sesuai dekat status Monat yang masih bergelar mahasiswa sekarang ini , kepekaan terhadap isu semasa itu penting , dan bagaimana Monat mendapat tahu semua ini? Ya! Betul Monaters , melalui surfing internet.

#2.    Seorang blogger juga adalah insan yang kental mentalnya.Kenapa Monat cakap macam ni? Bagi korang yang memiliki blog , korang tahulah macam mana setiap kali nak post entry , macam mana korang berfikir nak coding itu , nak coding ini , nak tulis macam mana , nak bahasa macam mana *kalau macam tu lah. Kalau tak , mungkin korang boleh share dengan Monat.Jangan hairan kalau anda melihat seorang blogger itu duduk di hadapan PC/Lappy/Ipad dia untuk update entry / blog dia. Fahamilah perasaan seorang blogger , kerana seorang blogger tidak akan berpuas hati selagi entry / blog dia tak jadi macam apa yang dia nak. Makan dan minum pun belakang kira kalau dah menghadap blog *SOLAT JANGAN TINGGAL TAU. , kadang-kadang , gf pun tak terlayan *macam lebih sayangkan blog.

#3.    Blogger itu orang yang berdisiplin.Ya! Bagi Monat blogger memupuk sikap berdisiplin dalam diri seorang blogger itu.Kenapa? Sebabnya , kalau seorang blogger tersebut betul-betul masuk dalam dunia blogging , tentu korang akan update / maintain blog/entry korang setiap masa kan? Misalnya ,update entry sehari sekali , takpun 2 hari sekali. Kalau dah sampai 2 bulan , sekali entry , itu namanya blongkang , bukan blogging. *jangan marah gurau2.

#4.    Ini yang paling bagus sekali.! Seorang blogger akan menjimatkan wang dan beras. Kenapa? sebabnya , seorang blogger kadang-kadang , sampai lupa nak makan/minum sebab terlampau asyik maintain blog / nak post entry baru! , sampai lapar / dahaga pun dah tak rasa / tak peduli.

#ok yang no.4 tu Monat tak setuju , hanya bergurau *tapi kadangkala , Monat macam tu juga.Gotcha!

Kesimpulannya,

        Rasanya dah terlalu panjang Monat taip untuk entry kali ini,nanti kita sambung pula dalam #part 2 ya?. Jadi,Menjadi seorang blogger full-time/part-time/suka-suka , ini baik/buruknya , bergantung pada blogger sendiri.Kalau niat korang blogging ini baik , insyaAllah , korang mesti boleh berjaya dalam blogging , tengok sajalah berapa ramai otai-otai dekat negara kita ni pun blogging , siapa tak kenal dengan blog Dato Sri Dr.Mahathir? Che-det , blog Ben Ashaari? Justkhai? korang sebutlah , kesemua mereka adalah idola Monat dan mereka merupakan Blogger-blogger yang fantastik dan boombastik! Apapun , bagi yang baru nak menceburi dunia blogging , jangan patah hati , kerana banyak pengalaman menarik untuk korang di hadapan sana bila dah ber-blogging , kongsi pulak pengalaman korang , kenapa korang nak ber-blogging? , Ahah! Salam Cyber Monaters.. jumpa di #part 2 nanti...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...