#Manchester United terlepas takhta Eropah


Tahniah pada Barcalona kerana memenangi UEFA Champions League Cup :) ! Ini bukan entry nak hujah sana sini blame sana sini apa tak kena dengan match semalam. Match semalam dah muktamad dan keputusan pun ok.   Pandangan peribadi aku sendiri , Barcalona sememangnya layak menjulang UFC Cup , jika dilihat dari cara permainan mereka. Rentak permainan lebih dikuasai oleh Barcalona , berbanding Manchester United yang menguasai permainan hanya pada 10 minit awal. 

United seakan-akan kehilangan rentak permainan sejurus ledakan gol pertama Barcalona. Meskipun bangkit menyamai kedudukan , nyatanya corak permainan yang berbeza melalui formasi yang berbeza iaitu 4-3-3 (Barcalona) , 4-4-2 (United) jelas memperlihatkan bagaimana berbezanya cara dan rentak permainan kedua-dua pasukan gergasi di Liga masing-masing. Rentak permainan Barcalona yang lebih teratur (ball possession) memudahkan Barcalona untuk menyerang United yang lebih kepada corak permainan (long pass / through) dan agak kucar-kacir.

Keputusan berakhir dengan jaringan 3 berbalas 1 , Barcalona ditabalkan sebagai juara UFC Cup dan keputusan muktamad. Aku sebagai salah seorang penyokong Manchester United tak kisah korang nak kata apa , bagi aku , aku dah cukup puas hati dengan permainan United pagi tadi. Tak payahlah korang nak melalut dekat wall aku , sebab aku tetap sokong Manchester United. hehe! Lepas ni banjirlah orang nak pakai baju Barcalona kan? Haha , dah Champion siapa taknak pakai? sebelum match semua sembunyi pakai jersi dengan sarungkan jaket dekat badan , dah menang baru nak tunjuk.. apa barang :) Haaa ni..kalah menang , masih sarung baju THE RED DEVIL.. ada masalah? sila berambus dan tekan X pada butang browser di atas penjuru sebelah kanan tu ya. :) Sekian. Eh! kejap.. ha ni enjoy candid screen semasa perlawan pagi tadi.






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...