#BERTAKHTA 19 KALI DI BARCLAYS PREMIER LEAGUE


Rasanya tajuk entry kali ini pun dah cukup untuk menggambarkan isi entry kali ini kan? kalau korang masih tak tahu , meh sini Monat jerit "MANCHESTER UNITED" telah menggondol gelaran juara Barclays Premier League (BPL) buat ke 19 kalinya , sekaligus memecahkan rekod Liverpool yang selama ini memegang gelaran sebanyak 18 kali.


p/s : kalau nak tengok gambar celebration CHAMP19N semalam (latest) , sila baca sampai habis :) hehehe.. Credit : manutd.com



Selepas kecundang pada musim lepas di tangan Chelsea ,  pada musim ini , United kembali dengan merangkul kejuaraan yang ke 19 , sekaligus kata-kata keramat CHAMP19N menjadi satu trademark kepada pasukan United. Monat macam biasalah , asal match Manchester United , jarang tengok dekat rumah , mesti lepak dekat restoran tengok perlawanan dengan member-member. Perlawanan akhir United pada musim ini menentang Blackpool berakhir dengan keputusan 4-2 , sekaligus menyingkirkan Blackpool dalam BPL pada musim hadapan.


Musim ini juga merupakan musim terakhir Edwin Van Der Sar (VDS) menjadi penjaga gol buat United , kerana beliau akan bersara bermula musim hadapan. Jasamu dikenang VDS , kau memang penjaga gol yang terbaik selepas lagenda Schemeichel , cemerlang! . Paul Scholes juga dikatakan turut memikirkan persaraan beliau bermula musim hadapan tetapi tiada kepastian lagi. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan buat United. Merangkul 19 kali kejuaraan  dan tidak dapat disangkal lagi , anak buah Sir Alex Ferguson sememangnya layak untuk menjadi juara. GGMU! Glory United! Glory!



Review Perlawanan : Perlawanan menentang Blackpool pada kali ini , bagi pandangan Monat sebenarnya tidak memperlihatkan kekuatan sebenar United. Kemenangan 4-2 di Old Trafford pada perlawanan menentang KOLAMHITAM seakan-akan kemenangan mudah buat United. Meskipun ketinggal 2-1 pada awal permainan , United bangkit menyamakan kedudukan , dan Monat sebenarnya hampa dengan Berbatov. Rakan sepasukan beriya-iya berusaha nak dia jaringkan gol , boleh la rembat KASUT EMAS tu sebagai penjaring terbanyak musim ini , tapi cubaan Berbatov asyik melayang entah kemana.

Apapun , usaha Berbatov memang nampak untuk menjaringkan gol , cuma bukan rezeki kau lah Berba untuk jaringkan gol malam ini. Michael Owen dan Park Ji Sung turut mempersembahkan prestasi yang baik pada malam ini. Bahagian pertahanan pula agak kucar-kacir dibuat oleh Blackpool dan "marks-man" agak hambar , (takde Ferdinand kot nak jerit2?) hehe.. apapun! syabas buat United!!!

Looking forward to be King of Europe! This 28 May!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...