#Penutupan Tirai Harry Potter Part 2 | Review & Download Link


 Filem Harry Potter and The Deathly Hallows , part 2 akhirnya telah keluar. Filem yang ditunggu-tunggu oleh kipas susah mati Harry Potter , dari siri the Sorcerers Stone hinggalah ke Deathly Hallows. Aku juga merupakan salah seorang kipas susah mati dari jutaan yang meminati Harry Potter ni. Sebelum kita mulakan review mengenai filem penutup tirai bagi siri novel yang paling terkenal hasil karya J.K Rowling ini. Aku nak bagi pandangan aku sikit , apa yang buatkan filem Harry Potter ini mampu mengekalkan tahap keistimewaannya adalah kerana penonton dapat melihat hidup Harry , Ron & Hermione sendiri , sedari mereka kecil hinggalah dewasa sekarang. Bagi aku , itulah yang akan terus menjadi ingatan para kipas susah mati Harry Potter. Bila novel , diimaginasikan dan direalitikan , maka lahirlah filem Harry Potter. Apapun , kalau nak download link filem ni , sila baca sampai habis ok ? . Jom!


   Sebenarnya aku tak akan review panjang-panjang mengenai filem ini , kerana aku nak korang sendiri yang tengok dan nilai dari pandangan korang . Berapa bintang untuk filem ini. Dari kacamata aku , aku berikan 9 / 10. Seperti filem-filem yang sebelum ini , seperti biasa , jika korang dah baca novel Harry Potter , mungkin akan faham dengan lebih jelas mengenai jalan cerita Harry Potter ni. Kalau ini merupakan kali pertama anda menonton filem Harry Potter , "Sorry to say bro... Lu tak tau jalan cerita..." . Banyak babak dalam novel yang dipotong dan ditambah di dalam filem-filem Harry Potter. Yelah , kalau nak buat 100% ikut novel , alamatnya , sampai ke tahun 2020 lah baru siap filem Harry Potter ni ye tak?

  Babak-babak yang menarik bagi aku bila Harry pulang ke Hogwarts dan seluruh warga Hogwarts bersiap sedia nak perang dengan si jahat Lord Voldemort. Babak ni la yang aku rasa paling best , tengok pertempuran Wizard dengan Wizard. Tapi towards the ending bila dah dekat penamat , waktu Harry dah bersemuka dengan Lord Voldemort , kurang sikit la aksi macam mana si jahat Voldemort tu boleh mati , dan jika dibandingkan dengan kejahatan dia tu , rasanya , cara dia mati tu elok sangat lah. Bagi kejam sikit baru puas hati. (jahat gila aku....). Secara keseluruhan , cerita ni memang best dan tak panjang meleret-leret dan bagi aku , aku berpuas hati dengan penutupan tirai siri filem Harry Potter. Rasa sedih pulak bila fikir lepas ni dah tak dapat tengok Hermione :( ishk..ishk... , tak dapat tengok Neville Longbottom , si mergastua Hagrid , dan paling penting , keajaiban Hogwarts :(.

  Chakk!! hah , disebabkan kesetiaan korang membaca sampai habis , dekat bawah ni , aku sediakan sekali screen-shot daripada download link / filem yang aku dah tengok sendiri , kualiti dia TS , dan boleh jalan jugak , agak bagus. Bila dah keluar dekat pawagam nanti , boleh layan dengan kualiti yang best ok semua ? :) Selamat berhibur! Avada Kedavra!!!!







Hmm : Rasa-rasanya , lepas ni ada tak keluar filem Albus Severus Potter ? hehe , kan dia anak Harry & Ginny. Macam mana lah agak-agaknya , lagi best? teruk? sebab J.K Rowling dah umumkan tiada kesinambungan dalam novel Harry Potter , tapi cerita Albus Severus Potter tak tahu lagi. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...