#Respon aku bila 500 pelajar kena tindakan AUKU kerana terlibat demonstrasi BERSIH 2.0


  Terkejut bila baca laporan / berita daripada Kosmo semalam , mengetahui bahawa seramai 500 orang pelajar IPTA / IPTS terlibat dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang menggegarkan negara kita baru-baru ini. Menurut sumber , Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Khaled Mohamed Nordin mengatakan bahawa tindakan yang akan dikenakan terhadap pelajar yang terlibat bergantung kepada IPT di tempat pelajar tersebut menuntut. Hukuman akan dikenakan berdasarkan kepada bentuk kesalahan yang dilakukan , hukuman tersebut samada penggantungan daripada menyambung pengajian mahupun dibuang terus dari IPT ataupun hukuman yang setimpal dengan kesalahan.

  500 nama yang berada dalam lingkungan kategori pelajar sedang disiasat bagi menentukan status mereka samada pelajar universiti dan universiti tempat mereka menuntut dan sekiranya dikenal pasti , tindakan AUKU akan diambil di dalam kes ini. Bagi yang sedang menuntut di IPTA / IPTS , mesti korang tahu kan apa itu AUKU ? atau lebih tepat lagi Akta Universiti dan Kolej Universiti. Jika di sekolah , terdapat peraturan-peraturan sekolah , begitu juga di IPTA dan IPTS , terdapat AUKU yang perlu dipatuhi oleh para siswa/siswi semasa berada di IPTA/IPTS. Nak tahu lanjut tentang AUKU dekat sini. Alahai , apalah nasib dengan pelajar-pelajar yang terlibat dengan demonstrasi jalanan baru-baru ini. Bak kata pepatah , sudah jatuh ditimpa tangga pula..
   

   Sebelum demonstrasi pada 9 Julai 2011 hari tu , rasa-rasanya setiap IPTA / IPTS tentu dah keluarkan amaran kepada pelajar untuk tidak terlibat dalam demonstrasi jalanan / politik , dan kemungkinan berdepan dengan tindakan AUKU oleh pihak Universiti bukan. Jadi disini , para pelajar yang terlibat dengan AUKU sudah tahu akan nasib mereka jika tertangkap / diketahui terlibat dalam demonstrasi jalanan ni. Seperti IPTA tempat pengajian aku pula , memang terdapat pesanan / amaran mengenai keterlibatan dalam menyertai demonstrasi jalanan ni , dan memang aku tak nak terlibat pun , cuma ambil tahu hal semasa sahaja. 

 Ini cuma respon aku dan pandangan aku , sentiasa amalkan untuk merujuk dari pelbagai sumber sebelum menilai sesuatu benda dan dengan itu , aku nak cakap , jangan ambik bulat-bulat apa yang aku tulis sebab aku cuma sampaikan pandangan aku.Bagi pelajar-pelajar yang dah tertangkap / diketahui terlibat dalam demonstrasi ni , tahukah anda bahawa anda baru sahaja menggelapkan masa depan anda untuk terus menyambung pengajian sekiranya anda dibuang universiti / digantung pengajian oleh pihak universiti ? , bukan aku nak takut-takutkan mereka yang terlibat ni , tapi itulah sistem dan undang-undang negara kita. Berani buat , beranilah tanggung. 

   Dalam perkara ni , mahupun dalam semua hal , mesti ada pro dan kontranya bukan , itu korang kena fikir sendiri lah. Dalam satu sudut , anak muda sekarang sudah maju dan berani untuk meluahkan pendapat dan pandangan mereka , anak muda sekarang sudah tahu bangkit untuk menentang sesuatu yang tidak betul. Dari satu sudut pula , mereka mungkin menggadaikan masa depan mereka , rata-ratanya , rakyat Malaysia ni bukannya berasal daripada keluarga yang berada , apatah lagi kalau dialah satu-satunya anak yang diharapkan berjaya. Bila dah kena buang universiti , tak kah punah harapan mak dengan ayah.

  Tahulah aku , untuk berjaya dalam hidup tak semestinya nak berjaya dengan segulung ijazah , sebab kadang-kadang yang ada segulung ijazah pun belum tentu berjaya kalau tiada usaha. Tapi sekurang-kurangnya , ada pencapaian dalam bidang pembelajaran dan tidak terhenti di takat itu sahaja. 500 pelajar bukanlah satu angka yang boleh dianggap remeh. Bayangkan jika 500 orang pelajar itu terdiri daripada golongan pelajar medik , arkitek , pendidik dan macam-macam lagi , betapa ruginya negara dengan kehilangan sebegini. Aku bukannya nak jadi patriotik dekat sini , tapi ini pendapat peribadi aku. Apapun , nasi sudah menjadi bubur bila dah sampai tahap ni , mengenai apa yang perlu korang lakukan selepas ini , bergantung pada korang dengan usaha korang sendiri. Bila dah kena buang universiti , janganlah salahkan pihak universiti pula sebab diorang dah bagi amaran awal-awal untuk tidak terlibat.

  Sebagai pelajar / siswa / siswi , bagi pandangan aku , lebih baik fokus untuk habiskan pengajian dahulu sebelum berkancah ke arah politik.Bagi senang hidup mak ayah baru cerita pasal nak senangkan rakyat negara ni. Asyik demo sana demo sini , politik sana politik sini , akhir sekali , habuk pun tak dapat , malang pula yang dapat.Kita ada saluran yang betul untuk luahkan rasa ketidak puasan hati , jadi gunakan saluran tersebut sebaiknya. Ok kawan-kawan ? Maaflah kalau penulisan ni ada menyinggung hati mana-mana pihak , ini cuma pendapat peribadi daripada seorang insan daif dan lemah macam aku. Aku cuma inginkan yang terbaik untuk negara aku , (patriotik gila aku mentang-mentang dah nak masuk bulan Ramadhan Kemerdekaan ni.... wahceh..)

Transformer pun ikut sekali tau.
Sumber : Sini

Hmmm : Kita ada sistem negara kita sendiri , ada sebab kenapa rukun negara ditekankan dalam pembelajaran dan pengajaran , ada sebab kenapa kursus kenegaraan malaysia diwajibkan di IPTA/IPTS , mengenai pro dan kontra AUKU , terpulang pada pendapat peribadi macam mana nak terima. Peace.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...