# Facebook Tergantung sementara - CLOSED !


  Terkezut sedikit hari ini bila facebook Monat Stilleto (Monat) , telah ditutup. Terima kasihlah pada korang yang agak prihatin dengan wall aku yang amat tak femes itu.Banyak yang bertanya kenapa ditutup , dan ada juga yang kata jangan , sebab suka baca info dekat wall tu , eh? eh? ni bukan angkat bakul ya , ni betul punya cerita. Sekali lagi , aku ucapkan terima kasihla pada korang kerana selama aku ber-muka buku selalu saja bagi support dengan status update aku.

 Macam biasa , aku suka update status mukabuku dengan info ataupun keadaan setempat aku , bagi yang tak suka apa boleh buatkan , korang bebas sebenarnya untuk unfriend atau block aku terus , hehehe.Dekat facebook aku kata nak deactivate mukabuku aku tu , tapi , em , fikir-fikir balik , dah berapa banyak page ada atas akaun mukabuku tu , jadi rasa sayang untuk deactivate.

  Sebenarnya , aku perlukan ruang untuk bina kembali niche mukabuku tu , dan disebabkan terlalu banyak kerja yang aku alami sekarang , mana nak fikir design company , mana nak fikir tugasan , mana nak fikir blog ni , mana lagi aku nak fikir untuk terus update entry tambah , buka semester pun makin dekat , proposal aku tak siap lagi , maka dengan penggantungan sementara akaun mukabuku tu , boleh lah memberikan aku ruang untuk bina kembali niche dan rombak semula keadaan dia , disamping aku kurangkan masa bermukabuku dan fokus pada kerja dan tugasan aku.

Hmmm : Sesuatu yang baru akan muncul di mukabuku aku , tunggu sajalah ya! :) terima kasih atas sokongan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...