#Kelas Tuisyen disalah guna pesong Akidah kanak-kanak.


Terbaca dalam Berita Harian Online , 


Siasat kelas tuisyen pesong akidah murid


Cerita lanjut , korang cuma perlu klik dekat atas ni ,dalam berita tu , nampaknya kelas pendidikan awal (tadika) tersebut cuba untuk menerapkan pembelajaran mengenai agama Kristian kepada murid-murid yang beragama Islam , yah sudah pasti ini akan menimbulkan rasa ketidak puas hatian , marah , melenting bagi segelintir umat Islam di negara ini , dalam erti kata lain , cubaan memurtadkan orang Islam. 


Aku pun mencari maklumat lebih tentang hal ni , al-maklum lah , isu Murtad sekarang semakin menjadi-jadi di negara kita yang berstatus negara Islam ni , ditambah dengan pemimpin-pemimpin Islam pula. Takkan hal sebegini boleh dipandang sebelah mata. Aku tertarik dengan komen yang diberikan oleh saudara "Johan Ramli" dan pandangangannya membuatkan aku berfikir. Adakah kita kalah psikologi?


"Mengapa kita salahkan Gereja apabila ada umat Islam murtad. Memang itulah kerja pendakwah Kristian, berdakwah agar umat manusia mempercayai agama mereka. Kita salahkn diri kitalah... 

1. Kita langsung tidak mahu mengerti mengapa kita dilahirkan ISLAM. 
2. Apabila nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang Baginda suka ramai umat... terus kita ambil jalan mudah dengan katakan banyak-banyak berbini dan banyak-banyak buat anak.

Tanyalah pada diri anda...sudah berapa ramai manusia di bumi ini telah anda dakwah dan berapa ramaikah yang telah masuk Islam?
Dahulu kala Padri Kristian sanggup bersama dengan manusia bengis dalam kapal, nekad hidup atau mati dalam perlayaran yang entah kemana hala tujunya, terlantar di bumi yng jauh dari tanah air...semata-mata berdakwah untuk mengkristiankan umat...

Tapi kita? Kita nampak anjing dalam kampung dah tak sanggup nak berdakwah, belum lagi nampak babi berkeliaran.... Terus kita ambil keputusan jauhkan diri kita dari orang-orang sebegini... Kita syok sendiri bahawa biarlah kita sahaja yang jadi Islam...Orang lain biarle kafir.. Itulah muslim... dalam zon selesa..."





Hmmm : Makin berleluasa isu Murtad di negara kita , negara Islam dengan pemimpin Islam. Apa nak jadi? Kerana politik , agama tergadai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...