# Beats™ by dr.dre | Monster , Beats™ Tour earphone.



"Artists and producers work hard in the studios perfecting their sound , but people can't really hear it  with normal earphones , With Beats™ , people are going to hear what the artists hear and listen to the music the way they should , the way I do.. "  Dr.Dre 


Lama tak keluarkan entry berkaitan gajet kan ? Ok , sempena hari Raya Eid-Adha kali ni , aku bawakan satu entri mengenai gajet yang boleh tahan bestnya (bagi yang minat ok ?). Pertama sekalinya aku nak tujuan aku berkongsi entri ini hanyalah untuk berkongsi pengetahuan mengenai gajet yang akan aku ceritakan ni , bukan bermaksud nak menunjuk-nunjuk. Pernah try cuba test , earphone / headphone keluaran Dr.Dre | Monster ? yang dipanggil Beats™

Bagi yang dah pernah cuba di mana-mana authorised dealer bagi Apple , seperti Switch (The Mines) , Machines (Mid Valley) , korang boleh cuba secara percuma di authorised dealer ini yang menjual produk Beats™ yang original. Pertama kali tengok Beats™ memang terfikir , harga dia macam tak masuk akal , dan memang tertanya-tanya kenapa mahal sangat ? Untuk barangan yang diletakkan ditelinga bila dah mencecah 4 angka memang ada sesuatu yang unik disitu.


Beats™ Tour with control talk.

Samada  ianya betul-betul bagus ataupun barangan ini mahal disebabkan jenamanya ? aku pun mengambil langkah untuk cuba try test benda ni di store Apple , the Mines , iaitu Switch. Aku cuba gunakan Beats™ Studio headphone. memang ternyata , harga 4 angka bagi Beats™ Studio headphones (RM1900 boleh beli laptop sebijik / kamera DSLR !!!) memang kualiti bunyi yang bagus , tak pernah aku dengar sound yang terbaik macam tu. . Aku cuba ushar pulak Beats™ Tour Earphone , harga RM+++ratus. Aku terus telan liur dan keluar.

Selang beberapa minggu , setelah bertungkus lumus dengan freelance itu dan ini , alhamdulillah , dapat juga hasil titik peluh aku sendiri , sampai jugak 4 angka hasil pendapatan freelance aku, dan bila dah dapat hasil dari titik peluh sendiri lah sebenarnya yang buat aku puas hati  biarpun , bersengkang mata , penat lelah untuk siapkan freelance aku , sampai tak tidur malam. Eh! Eh! Balik pada tujuan entri ni.  Aku balik ke store tadi dan terus ambik Beats™ Tour , yang biasa sahaja , tanpa Control talk , sebab dengan control talk harga lagi mahal , yang ni pun dah RM+++
Kotak Beats™( bahagian dalam )

Beats™ Tour

Inilah tanda mata dan hasil titik peluh aku , ada juga kenangan yang boleh aku gunakan setiap masa. Bila korang beli original Beats™ daripada Authorised dealer , apa yang akan korang dapat ? Korang akan dapat set lengkap iaitu :

* 6 Jenis getah pelekap telinga
* 1 earphone 
* Warranty (1 tahun) daripada Monster | Dr.Dre
* Buku Starter (manual)
* Flyers berkenaan produk Beats™ 
* Porch bag - earphone.


Mungkin ada yang kata , mahal dan tidak berbaloi untuk mendengar muzik sahaja , membazir, ini pula pandangan aku , ini semua terpulang pada minat dan juga keperluan anda sendiri. Bagi aku yang suka dengar muzik dengan Sony Walkman aku , tengah study , freelance , travel , jalan-jalan dan apa sahaja , bagi aku ianya memang berbaloi , dengan kualiti dan jaminan serta ketahanan Beats™ Tour , yah , aku memang rasa ianya amat berbaloi.Berbanding kita asyik keluar duit beli earphone setiap kali PC fair , jumlah kesemuanya , lebih baik beli sesuatu yang berkualiti dan tahan lama.

Yah betul , menggunakan Beats™ Tour semasa mendengar muzik yang anda sukai sememangnya memberikan kualiti bunyi yang terbaik berbanding earphone yang lain. Aku bukannya nak menunjuk-nunjuk , cuma aku berkongsi pengalaman dan apa yang ada pada produk ni. Bagi anda yang menitik beratkan kualiti bunyi earphone anda , produk daripada Beats™ Dr.Dre sememangnya satu pilihan yang bijak.Pastikan barang yang korang dapat tu adalah barangan original daripada authorised dealer , jangan tertipu dengan barangan tiruan dengan harga original ok.

Macam mana nak detect earphone Tour korang tu fake atau tidak , senang , pegi ke site ni :

Squidoo.com/fake_beats 


dan bila dah tengok semua ni , aku berpuas hati kerana , apa yang aku dapat , ternyata bukan fake :) best ! Sound memang terbaik.


Nak tahu dekat mana authorised dealer dekat Malaysia ? klik dekat bawah ni pulak :

http://www.beatsbydre.com/products/showproducts.aspx?popup=dealers

 
SOUNDS MATTER



Dekat atas tu adalah video mengenai penerangan Beats™ Tour , mengapa ianya lain daripada earphone yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Beats™ product dan juga authorised dealer korang boleh pegi laman ni :

 
 p/s : Bila kita berusaha dan buat kerja kita dengan bersungguh-sungguh , insyaAllah , rezeki akan datang dan selalu bertandang bertemu dengan kita , yang penting , jujur dalam apa jua yang kita lakukan , dan jangan buat taik dengan client. Itu prinsip aku bila melakukan freelance aku , alhamdulillah , atas kurnia dan rezeki , moga di masa hadapan akan bertambah baik lagi , dan aku akan kongsikan dengan korang semua yang sentiasa bagi aku sokongan. ( baca entri dekat sini ... ) 

Dibawah ni aku sertakan gambar artis-artis yang turut menggunakan Beats™ dari Dr.Dre :

Eminem

Lady Gaga

Soulja Boy

Paris Hilton

Thierry Henry


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...