# Info - 10 Apps berguna untuk Blackberry anda.


Terima kasih kerana masih lagi setia bersama themonat.com , baru-baru ini , aku ada mengeluarkan entri mengenai application untuk pengguna smartphone Blackberry , iaitu Vlingo | Virtual Assistant. Terima kasih atas pertanyaan korang dekat facebook yang bertubi-tubi itu. Alhamdulillah , semua terjawab kan ? dan atas permintaan Saudara Shah kita yang bertanya tentang  application apa yang aku gunakan dalam Blackberry aku.

Jadi untuk entri kali ini , aku kongsikan applikasi yang aku gunakan dalam telefon aku. Sebenarnya penggunaan smartphone / telefon pintar bagi seorang pelajar seperti aku , memang banyak membantu dalam urusan seharian aku melalui applikasi yang terdapat / disediakan di dalam telefon pintar Blackberry ini. Mungkin ada yang mengatakan , ada telefon untuk "call / sms" pun dah cukup , memang betul , tetapi kemajuan teknologi yang kita ada pada hari , apa kata kita manfaatkan untuk diri kita sendiri ? , anda tidak akan tahu kelebihan dan kekurangan sesuatu itu sehinga anda sendiri mencubanya. Jadi , mari kita lihat 10 Apps wajib untuk Blackberry , yang selalu aku gunakan.


Applikasi pertama yang paling penting bagi aku adalah Blackberry Protect , apa dia Blackberry Protect ni ?  , bayangkan anda tengah dalam kesibukan yang teramat (tahap nirvana punya sibuk...) , sedar tak sedar , phone dah hilang dan tak dapat kesan dekat mana anda letak , Blackberry Protect lah jawabnya. Kerana anda dapat mengesan melalui peranti lain / dalam erti kata lain , menggunakan PC untuk mengesan lokasi telefon bimbit anda.

Selain itu , menggunakan Blackberry Protect juga anda akan dapat mengakses data di dalam telefon bimbit anda pada bila-bila masa melalui PC / Netbook anda menggunakan Blackberry ID yang telah anda daftarkan. Misalnya , telefon anda hilang dicuri , di dalam telefon bimbit anda terdapat banyak gambar dan file yang peribadi , anda boleh mengakses Blackberry ID anda melalui internet (PC / Netbook / Ipad) dan block / lock telefon tersebut , anda juga boleh terus memadam kesemua file / data di dalam telefon bimbit tersebut. Hebat kan ?


Vlingo - Virtual Assistant , kekasih anda dan personal assistant anda , rasanya tak perlu aku cerita lebih lanjut dan sekiranya anda ingin mengetahui mengenai aplikasi ini dengan lebih mendalam , anda boleh membaca entri yang telah aku ceritakan disini.

Bagi seorang pelajar yang selalu dibelungi dengan tugasan yang berlambak / assignment , aplikasi ini merupakan aplikasi yang sentiasa berguna buat aku dan juga mungkin amat berguna bagi anda. Document To Go bertindak sebagai aplikasi yang membolehkan anda membuka file Word , Excel , Powerpoint mahupun PDF di dalam telefon pintar anda.

Menghantar tugasan on-the-spot  ? nak edit tugasan ? powerpoint ? accounting sheets ? anda boleh lakukan tanpa membawa laptop yang besar mahupun netbook anda , anda boleh lakukannya melalui telefon anda , itulah kelebihan Document To Go. Akses file anda dimana-mana sahaja , cepat mudah dan pantas.

Dictionary.com juga merupakan salah satu aplikasi yang amat berguna bagi sesiapa yang bergelar pelajar ,guru , pensyarah. Melalui nama aplikasi ini , sudah pasti anda dapat meneka apa fungsi aplikasi ini. Ya , sudah tentu bukan untuk menonton video , Dictionary.com adalah kamus pintar yang boleh anda akses pada bila-bila masa.

Selaku penuntut Bachelor of English (Linguistic) , Dictionary.com banyak membantu aku ketika otak aku tiba-tiba kehilangan ayat untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Kamus ini bukanlah kamus Dwibahasa , tetapi kamus bahasa Inggeris yang memberikan makna , dan juga prononciation. Ingin mempelajari perkataan baru dalam bahasa Inggeris ? anda boleh memilih tab "word of the day" untuk mengetahui perkataan-perkataan yang anda tidak pernah ketahui sebelum ini.


Mungkin aplikasi ini tidak menjadi pilihan anda kerana mungkin anda jarang menggunakan bahasa-bahasa asing dalam pertuturan , tetapi aku kongsikan juga di dalam 10 Aplikasi yang berguna untuk Blackberry anda , bagi pelajar yang mengambil bahasa asing sebagai subjek tambahan mereka. BCD Translator mampu menggantikan Google Translate / Bing Translator. Aplikasi ini banyak membantu aku dalam subjek Bahasa Sepanyol. : p!


Aplikasi ini sesuai bagi mereka yang gemar travel kesana-kemari , melalui syarikat penerbangan AirAsia , secara mudahnya , seperti capture-screen di atas , anda boleh menempah penerbangan , menyemak promosi terbaru air asia , menyemak tempahan anda , malah anda juga boleh "check-in" / mendaftar masuk dan juga mendapatkan Boarding Pass anda hanya melalui telefon pintar anda.


Aplikasi ini memang tidak dapat disangkal lagi sememangnya WAJIB ada dalam setiap telefon pintar manusia-manusia di dunia. Hidup anda bagaikan tidak lengkap sekiranya tidak bertemu dengan Facebook dalam sehari bukan , tangan tu rasa gatal saja nak update benda baru dekat Facebook , jadi Aplikasi Facebook For Blacberry adalah jawapan terbaik untuk telefon pintar anda.


Selepas Facebook , aplikasi apa lagi yang menjadi kehangatan dalam telefon pintar anda ? Ya , sekali lagi anda salah , ianya bukan MySpace mahupun Friendster , tetapi ianya adalah Twitter. Apa lagi yang anda perlukan selain daripada ber-Tweet setiap masa sehingga juta-juta , ratusan puluhan ribuan follower dari seluruh dunia dan mengikuti trend terkini dalam tweet ? Twitter For Blackberry jawapannya. 100% !


Anda mungkin berasa bosan dengan Font sedia ada dalam Blackberry anda , ingin menukar Font tersebut dengan Font tulisan gothic , tulisan tangan , tulisan robot , tulisan comic dan banyak lagi tulisan dalam muka bumi ini , termasuklah jenis tulisan doktor (maybe ?!). Font Control membolehkan anda memasukkan font-font yang ada dalam PC/Netbook anda ke dalam telefon pintar anda.

Syaratnya , font tersebut mestilah berformatkan .TTF , mudah , kerana setiap font datang dengan format .TTF , anda cuma perlu aktifkan aplikasi ini dan ikut langkah mudah yang telah disediakan. 


Selepas menggunakan pelbagai jenis aplikasi di dalam telefon pintar kesayangan anda itu , sudah pasti ada yang beranggapan bahawa penggunaan aplikasi-aplikasi yang aku sebutkan diatas tadi , akan menyebabkan bateri anda cepat kehausan tenaga , sikit-sikit nak caj .

Aplikasi ini akan mengawal penggunaan bateri anda juga turut memantau aplikasi yang sedang berjalan "back-door" program bagi mengelakkan bateri anda kekeringan tahap gaban. Ada yang kata , battery booster ini berfungsi , ada yang mengatakan tidak , tapi selama aku menggunakannya , ianya betul-betul berfungsi. Tak adalah asyik low-batt setiap masa. Kalau nak battery telefon anda hidup sepanjang hayat , cuba ganti dengan batteri kereta (jangan marah bergurau...) , rasanya boleh kot ?.

KESIMPULANNYA

Dimana anda boleh mendapatkan kesemua aplikasi ini ? jawapannya mudah , pergi ke laman us.blackberry.com , dan download lah sepuas hati. atau , anda boleh download dengan mudah terus ke telefon anda melalui :


Sebelum aku terlupa , ada juga aplikasi yang memerlukan anda mengaktifkan BIS anda terlebih dahulu sebelum anda menggunakan aplikasi-aplikasi di atas , jadi apa-apa pun , sebelum anda menggunakan aplikasi yang dinyatakan di atas , jangan lah malas untuk baca TERM & CONDITION yang telah dinyatakan sebelum anda mengaktifkan aplikasi tersebut.

Ini adalah benda paling senang yang orang kita selalu malas nak buat. Nanti bila kredit tiba-tiba hilang , baru salahkan sini , salahkan situ , salahkan sana , padahal diri sendiri yang asyik "agree" bila jumpa TERM & CONDITION.

p/s : kalau korang ada aplikasi menarik yang lain , boleh lah kongsikan dengan aku , boleh aku cuba try test , kalau best , boleh dijadikan entri pada masa hadapan. Harap korang enjoy selalu. Stay Tune!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...