# Manchester United - 5 bintang berbalas 0 untuk Fulham , amaran CHAMP2ONS.


Craven Cottage, Stevenage Rd, London , yang menjadi kubu kepada Fulham semalam , dibolosi dengan 5 jaringan daripada Manchester United , sekaligus memadamkan keghairahan penyokong mereka untuk mengikat United (dengan keputusan sekurang-kurangnya seri).

Selepas MakSiti (Manchester City) dan Loserpool (Liverpool) yang sebelum ini telah bertandang ke Craven Cottage , masing-masing hanya mampu mengikat keputusan seri (City) dan kalah (Liverpool). Ini menguatkan lagi keyakinan pemain Fulham bahawa mereka mampu menghadapi United pada perlawanan kali ini jika dilihatkan prestasi United yang agak terumbang ambing kebelakangan ini.

Sir Alex : "The performance was as good as we've played all season. It was absolutely superb, especially in the first half. Phil Jones had an elbow to his jaw and will for X-rays. He is a concern. Rio will be out next Monday and Ashley Young for 2-3 weeks. It was an elbow by Dempsey, but I don't think it was deliberate. The tackle on Ashley Young was a very aggressive tackle."



Pada pandangan aku , UNITED KECINTAANKU ini semakin mendapat rentak dalam permainan mereka , dah bangun dari mimpi ngeri 6-1 (arghh!! buat apa lagi nak ingat ni!) , berbeza 2 mata di belakang City , aku yakin , United pasti akan memintas City. Bagi penyokong lalang City dan penyokong Scousers Liverpool , kami dah tunjukkan bagaimana nak menang lawan Fulham , watch and learn. Minggu depan nak tunjuk dengan Liverpool pulak macam mana nak lawan Wigan. (hehehe..sambil buat trolled face!)

United bermain dengan baik pagi tadi dengan corak permainan dan rentak yang menarik , tanpa buang masa lagi , jom kita tengok highlight jaringan semalam , tapi sebelum tu , tengok dulu highlight jaringan United sepanjang match :








FT : Fulham 0 - 5 Manchester United  Scorer :
- Danny Welbeck 5'
- Luis Nani 28'
- Ryan Giggs 43'
.- Wayne Rooney 87'
- Dimitar Berbatov 89'
SALAH. BUKAN SERBIA , ITS BULGARIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...