# Manchester United - The Bulgarian - Berbatov , bangkit dengan Hat-Trik menentang Wigan. | Man.Utd 5 - 0 Wigan

Boxing Day match berakhir dengan Manchester United menumbangkan Wigan Athletic dengan jaringan 5-0. Mesti semua fans United bangun pagi esok dengan wajah yang berseri - seri sambil berjoget-joget dalam tidur atas kemenangan di Old Trafford semalam.

Sebelum aku cerita panjang lagi , mesti ada yang tak tahu lagi mengapa dipanggil Boxing Day Match kan ? Ok baca dekat sini. United sekali lagi menunjukkan kekuasaan dengan kemenangan 5-0 pada perlawanan kali ini , (5-0 menentang Fulham sebelum ini di gelanggang lawan).

Minggu lepas dah tunjuk pada team-team lain macam mana nak tewaskan Fulham , kali ini United mengajar team-team lain bagaimana hendak menundukkan Wigan. Harap Loserpool , Chelshit , Arsengal dan Makcik Siti belajar yea.

Perlawanan di antara United & Wigan bagi aku sememangnya menggembirakan (mana tak gembira dah menang 5-0 kan?!) , tetapi apa yang menjadi bualan disini adalah Hat-Trik daripada Dimitar Berbatov !.

Masa depan Berbatov di Manchester United hanya akan diketahui dalam masa 10 hari sahaja lagi sebelum kontrak penyerang berasal daripada Bulgaria ini tamat pada musim panas. Meskipun United mempunyai tempoh lanjutan sehinga 12 bulan , tetapi , masih belum ada kata putus daripada Sir Alex Ferguson mengenai status penyerang Bulgaria ini.

Berbatov seakan-akan dipinggirkan sejak kehadiran pemain-pemain muda di United , dengan kehadiran Welbeck & Chicarito , Berbatov nampak seperti sukar untuk bersaing dengan bakat muda United. Tetapi pada perlawanan menentang Wigan , Berbatov menunjukkan kepada boss-nya , bahawa dia masih lagi berbisa dan masih boleh menjaringkan gol. Menjaringkan Hat-Trik pada perlawanan menentang Wigan melengkapkan Hat-Trik 9 kali nya di United. BERBA! BERBA! BERBA! He'll fuckin' murder ya! He come from Bulgaria! He'll definitely get ya'! ya'! ,

Dengan prestasi yang ditunjukkan Berbatov dalam 2 perlawanan (Fulham & Wigan) Harap dengar berita gembira daripada Sir Alex Ferguson menjelang musim panas nanti! 

Membuka jaringan dalam perlawanan menentang Wigan , pemain kebanggaan Asia ini bermain dengan cantik pada perlawanan semalam , Park yang digelar THREE LUNGS PARK kerana ketahanan stamina-nya membuktikan yang dia juga masih lagi berbisa dalam skuad United. Jaringan pembukaan Park pada perlawanan semalam membuka ruang kepada 4 lagi jaringan selepas itu , juga selepas pemain Wigan dikenakan kad merah atas kekasaran terhadap Carrick.
Minit ke 75' , Valencia menjaringkan gol ke-4 United , selepas Ashley Young mengalami kecederaan , bagi pandangan aku , Valencia lah pemain yang layak menggantikan Ashley Young . Dalam perlawanan menentang Fulham , Valencia juga menjadi assister yang baik yang menyumbang kepada jaringan menentang Fulham dalam perlawanan tempoh hari. United nampaknya semakin bangkit dan selesa dalam membina kekuatan selepas peristiwa hitam pada permulaan musim ini. GGMU!

 Dengan berakhirnya perlawanan dengan kemenangan 5-0 ke atas Wigan , pesaing United pada ketika ini , Maksiti pula terpaksa berhadapan dengan keputusan seri menentang West Bromwich. Keputusan ini menjadikan United maju lagi setapak untuk merampas semula takhta liga daripada Maksiti. Berkongsi mata sebanyak 45pts , apa yang membezakan kedua-dua pasukan ini hanyalah jaringan gol , Maksiti 38 , United 33. Mampukah United merampas takhta liga sebelum tahun baru ini ? BEL19VE! BEL19VE! BEL19VE!, kita akan melangkah ke 2012 dengan mendahului BPL!


p/s : untuk melihat video-video jaringan / highlight semalam , boleh klik SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...