# Manchester United - Derby F.A Cup , United & City - Prediksi ?

THE FA CUP - 3rd ROUND  |  8th JANUARY 2012, 8.45 MLM | ETIHAD STADIUM
LIVE STREAMING : HERE

Malam ini merupakan perlawanan yang penting buat kedua-dua pasukan MANCHESTER , City dan United. City akan bermain dengan kelebihan sebagai pasukan tuan rumah selepas undian tempoh hari.Perlawanan ini bagi pandangan aku bukan sahaja menentukan pemenang untuk mara ke peringkat F.A Cup yang seterusnya , tetapi sebagai titik tolak kepada perebutan menjadi juara liga English Premier League bagi 2011 / 2012.

City dan United yang sedang bergelut untuk meraih kejuaraan pada penghujung musim nanti , dengan perbezaan 3 mata dengan City mendahului United dengan kelebihan 48 mata dan United 45 mata , selepas kedua-dua pasukan telah pun bermain sebanyak 20 perlawanan.


Jika dilihat kepada statistik, kelebihan berpihak kepada pasukan City dengan kelebihan tuan rumah , serta melihat kembali kepada 2 perlawanan sebelum ini , City kalah 1 perlawanan dan menang 1 perlawanan. United pula telah tewas dalam 2 perlawanan sebelum ini menentang Blackburn & NewCastle.

Nyatanya , dalam 2 perlawanan United sebelum ini menunjukkan corak permainan yang tidak memberangsangkan , nyata bagi Sir Alex Ferguson dan pasukan United , ketiadaan Midfielder yang dapat mencorakkan permainan membawa nahas kepada pasukan tersebut dalam 2 perlawanan sebelum ini.

Selepas dua kekalahan pada pasukan "underdog" dalam English Premier League , ramai yang mengkritik tindakan Sir Alex atas kedegilannya untuk membawa masuk pemain baru dalam sesi perpindahan bulan Januari ini yang telah dibuka. Tetapi Sir Alex menegaskan bahawa United berada dalam keadaan baik sekarang , dan masih tidak perlu panik dengan 2 keputusan perlawanan tersebut.

Mengenai spekulasi perpindahan pula , Wesley Sneijder (Inter Milan) dikatakan akan berpindah masuk ke United dalam sesi perpindahan Januari ini. Paul Scholes juga dikatakan sedia menawarkan khidmatnya dan keluar dari persaraannya , selepas masalah ketiadaan Midfielder bagi United dilihat semakin serius. Frank Lampard juga dikatakan bersedia untuk berpindah ke United (*weird !)

Sir Alex , I believe in you. thanks for the great 25 years experience!
Sir Alex Ferguson menegaskan , dia tidak akan mengambil pemain hanya untuk menampung kekurangan pemain (faktor kecederaan setakat ini) , sebaliknya , Sir Alex inginkan pemain yang boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Ada betulnya tindakan Sir Alex ini , apa gunanya pemain yang dibeli pada sesi perpindahan Januari hanya untuk ketika ini sahaja ? , meskipun dilanda dengan masalah sumpahan kecederaan pemain yang serius. Ini bukan satu alasan untuk United tumbang sekali lagi berhadapan City.

Mengikut statistik , City mempunyai kelebihan , tetapi bola itu bulat dan apa-apa boleh terjadi dalam perlawanan Bola Sepak. Malam ini , aku menjangkakan satu "blow-up" , daripada Manchester United selepas 2 kekalahan berturut-turut dalam EPL. Aku meramalkan keputusan agak sengit , tetapi United akan menang dengan kelebihan 1 jaringan , samada 1-0 , 2-1 , dan 3-2.

Untuk melihat United dibelasah sekali lagi , berkemungkinan , tetapi selepas detik hitam pada awal musim ini , tentu United telah mempelajari sesuatu daripada kekalahan tersebut dan bangkit untuk menentang City pada kali ini. Perlawanan Derby pada kali ini pasti menyaksikan satu pertembungan antara kebangkitan United atau kita akan tumbang sekali lagi. Perlawanan pada malam ini sememangnya mendebarkan. WISH ALL THE BEST WITH MY UNITED! MY UNITED! GLORY! GLORY! MANCHESTER UNITED! IN UNITED WE TRUST!

Berikut merupakan statistik berdasarkan pertemuan kedua-dua pasukan ini :
MCFC vs. #MUFC Stats: 
Of 160 previous meetings,  
Manchester United have won 66, Manchester City 44, with 50 drawn.

p/s : Video dibawah ni , tengok , rasa macam nak nangis ja tengok macam mana kita struggle dalam derby match . LOVE UNITED! SENT TO ME FROM HEAVEN!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...