# Tips : PREZI mengatasi kebosanan "PowerPoint"

Dah lama tak update blog mengenai TIPS / technology , jadi kali ini , aku nak berkongsi tips sedikit yang mungkin membantu ramai siswa-siswi , pelajar , guru mahupun siapa saja yang mempunyai pembentangan , samada kertas kerja , tugasan , syarikat mahupun jualan barang.

Ketika anda melakukan pembentangan , paparan slide anda merupakan "impression" yang penting mengenai isi pembentangan anda. Seperti kata orang "first impression" itu penting untuk menarik minat audiens anda untuk membaca / mengikuti pembentangan yang anda lakukan. Selalunya untuk menyediakan slide pembentangan kita akan menggunakan PowerPoint dan tidak dinafikan , PowerPoint mudah untuk digunakan dan diketahui ramai.



Bagaimana pula dengan PREZI ? Prezi adalah satu lagi platform yang membenarkan anda menyediakan pembentangan anda secara mudah dan juga lari daripada kebiasaan , dengan kata lain , anda mampu membuat pembentangan anda dengan lebih menarik. Prezi sebenarnya telah bermula sedari tahun 2009 lagi , namun masih ramai lagi yang tidak tahu akan kewujudan platform sebegini. 

Zooming User Interface yang digunakan dalam platform ini adalah kekuatan utama Prezi yang melangkaui kemampuan PowerPoint. Samada ianya Text , gambar , video dan pelbagai media lain juga boleh dimuatkan ke dalam Prezi anda.

Anda boleh melayari laman Prezi dan membuat pembentangan anda secara atas talian (online) , dan memuat turun pembentangan anda. Terdapat dua akaun yang disediakan , iaitu akaun percuma dan akaun berbayar (yang lebih advance) untuk kegunaan anda. Namun begitu , pada pendapat aku , akaun percuma juga sudah memadai untuk anda melakukan pembentangan yang menarik. Anda juga boleh menyambungkan akaun facebook anda dan laman Prezi (menggunakan akaun Facebook <---> Prezi) untuk memudahkan proses akaun anda di Prezi.

Secara ringkasnya , Prezi memberikan kelainan kepada pembentangan anda , dan tiada lagi kebosanan ketika anda melakukan pembentangan. Sudah pasti , pembentangan anda akan menjadi lebih menarik.

Layari : PREZI.COM

Video di bawah adalah video penerangan ringkas mengenai PREZI.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...