#Official - Kit Rasmi Manchester United musim 2012/2013

Baru-baru ini Nike telah telah pun mengumumkan Kit Rasmi Manchester United bagi musim 2012/13. Manchester United yang bertemakan Gingham. Koleksi Gingham ini diguna pakai sebagai corak Kit Manchester United sempena memperingati pemain-pemain asal Manchester United yang mana merupakan kelas pekerja bawahan bekerja di kilang-kilang keluli, kilang kapas, & keretapi. Nike mahu memperlihatkan identiti asal United pada tahun 1878 apabila Manchester United yang mana pada ketika itu diberi nama  sebagai Newton Heath.

Mengenai Gingham pula , sekiranya anda merupakan seorang Die Hard Fans United , kenapa Kit ini diberi nama Gingham ? Sebenarnya , maksud Gingham itu adalah nama corak dan mengikut sejarahnya , Gingham (perkataan Gingham) adalah  berasal daripada kata sifat Genggang dalam bahasa Melayu (ini betul-betul bukan tipu punya :) ). Dalam erti kata lain , corak petak-petak. Untuk maklumat lebih lanjut baca dekat sini :



Nampak sekali , macam tak berkenan di hati , tapi nampak dua kali  rasa tak sabar nak pakai jersi United yang baru ini , cuba lihat gambar-gambar Kit baru United ni , stylo dan klasik ! GGMU !






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...