#Review Exclusive : Mael Lambong , Penarik Kereta Professional.

SERANG PAWAGAM 21 JUN 2012
RATING filem : 4.3 / 5.0
Mael Lambong , kenal tak siapa dia ? Kenal tak ? Ya , dialah penarik kereta professional , kalau sebut nama dia , dari sini sampai Dang Wangi kenal siapa Mael Lambong. Filem daripada Excellent Pictures arahan Ahmad Idham ini melambong-lambong di pawagam bermula bermula 21 Jun 2012 di pawagam berhampiran anda.

Alhamdulillah , malam semalam , dapat tiket Exclusive Malam Gala Tayangan Pembukaan Mael Lambong daripada Zizan Razak FC yang diadakan di TGV Cinema , Sunway Pyramid, terima kasih Hamzi kerana bawa aku eh. Terus ke Review mengenai filem daripada Excellent Pictures ni.


Mael Lambong , watak yang diangkat daripada watak zizan dalam Raja Lawak , mengikut Zizan dalam sidang media semalam , watak Mael Lambong ini adalah watak yang diciptanya bersama Johan semasa Raja Lawak. Watak Mael Lambong betul-betul melekat di hati para peminat Zizan dan juga Jozan , yang mana watak ini sering diselitkan dalam sketsa lawak Zizan dan Johan.

Hinggalah Ahmad Idham mengangkat taraf watak ini daripada watak sketsa ke filem , maka terhasil lah filem Mael Lambong. Orang kata , tak kenal maka tak cinta , pertama kali aku tengok trailer filem Mael Lambong yang dikeluarkan oleh Excellent Pictures , aku agak ragu-ragu dengan filem ini , samada ia mampu mengekalkan lawak Mael Lambong sebagaimana  dalam Raja Lawak. Tayangan pembukaan Mael Lambong , mengesahkan bahawa jangkaan aku meleset , nyatanya filem ini santai dan aku tak henti bergelak ketawa sepanjang filem. 


Filem yang ringan dengan plot cerita yang mudah difahami ditambah dengan jenaka daripada Mael Lambong (dilakonkan oleh Zizan Razak)  yang bersahaja dan nampak tidak dibuat-buat , menghidupkan filem ini. Bagi aku , ini adalah satu filem yang baik daripada Excellent Pictures , Tahniah buat Ahmad Idham dan krew produksi serta barisan pelakon yang menjayakan filem ini. Untuk membeli tiket di pawagam , tak rugi aku untuk keluarkan duit beli tiket untuk tengok filem ni. Aku asyik gelak je dalam pawagam.

Filem ini juga menampilkan pelakon yang baru meningkat naik dan mula menempah nama di persada seni perfileman tanah air iaitu Shenthy Feliziana , yang membawa watak Rozie dalam filem ini (kekasih Mael Lambong).
Shenty Feliziana & Hamzi Fahmi 

Selain , itu , Sallehudin Abu Bakar , yang dikenali dengan panggil "Toq" , alah , mesti pernah dengar tag line ni kan ? "Apa Celop Toq?!!" , membawakan watak antagonis dalam filem Mael Lambong , seteru sekampung si Mael Lambong ni. Watak Tiger (Sallehudin Abu Bakar) dan juga Jojo (nak tau siapa Jojo , tengok filem ni.. hehe) berjaya buat aku annoying gila dengan si Tiger ni , rasa macam nak lumat-lumat je .

Ada yang bertanyakan kepada Pengarah , Ahmad Idham , kenapa filem ini tidak masuk "Astro First" , dan Ahmad Idham dalam laman Twitter nya mengatakan , untuk mengelakkan , daripada Filem Mael Lambong di-copy dengan senang-senang. Ada betulnya apa yang Ahmad Idham katakan , zaman IT sekarang , semua benda nak download kan ? Jangan tipu eh korang. hehe...

Juliana Evans dalam temu ramah bersama wartawan Paparazzi
Dalam sidang akhbar semalam Zizan , sempat bergurau dengan acah-acah mengumumkan tarikh kawin / pertunangan dia dengan Juliana Evans , siyes aku ingat betul rupanya gurau je. Hehe , dalam filem Mael Lambong ni , Juliana Evans membawakan watak Maria , alaaa , maria , macam lagu Santana tu , bagi aku sejujurnya , Juliana Evans boleh lagi memperbaiki lakonannya , kerana dalam filem ni , nampak watak Maria , agak kekok sedikit , mungkin disebabkan pelat Juliana Evans bila berbahasa Melayu buat aku rasa , watak Maria dalam filem ni agak kekok , tapi scene fighting antara Maria dan Mael Lambong serius gempak.

Juliana Evans yang sedang menuntut Major in Filming Arts di salah sebuah institut di Amerika Syarikat menyatakan yang dia memang ada mengambil kelas Taekwando sebelum ini (patut lah tendang macam seorang fighter..) , apapun , thumbs up buat Juliana Evans yang comel ini :D


Cukuplah rasanya , sampai sini review aku , nak tahu lebih-lebih , datang pawagam :D Oh , lupa nak sentuh sikit , hehe , ada yang tweet2 dan blog2 tentang isu punchline dalam filem-filem Melayu sekarang , macam KL Gangster , Kongsi & seangkatan dengannya yang mengugnakan punchline , bahasa yang agak kasar. Bagi aku rasanya tak ada masalah kalau punchline-punchline macam ni ada dalam filem , ye lah filem kan ? , takkan nak salahkan filem yang berdurasi 2 jam boleh buat kanak-kanak terikut sampai buat benda tak elok ? Yang ibu bapa 24 jam dekat rumah buat apa ? :D Tu terpulang lah kan dari diri masing-masing , apapun , rating untuk filem Mael Lambong ,  4.3 / 5.0 bagi aku. 

p/s : Dengar-dengar Filem AH CHAI (Johan) akan menyusul ? hehehe... Tahniah kami ucapkan pada Ahmad Idham dan krew produksi , Excellent Pictures , kerana berjaya membawa  filem Mael Lambong , siyes , aku puas hati tengok movie Mael Lambong ni (ex-boyfriend Siew Ling : Lawak Ke Der?.. hahaha)

Dekat bawah ni adalah senarai krew Produksi dan Sinopsis :
Penerbit:
Azlan Shah Jaffril | Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Penerbit Eksekutif:
Mohd Kasturi Rasul


Pengarah:
Ahmad Idham Ahmad Nadzri 

Pengarah Bersama:
Mazri Mustafa

Penolong Pengarah:
Rosli Mohd Taib

Pengarah Fotografi:
Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

Kesinambungan:
Rozniza Zainal

Pereka Busana:
Mohamad Ekhmal Amran

Penata Gaya: 
Jamal Mohd  

PELAKON

Zizan Razak – Mael Lambong
Juliana Evans - Maria
Sallehuddin Abu Bakar - Tiger
Shenthy Feliziana - Rozie


SINOPSIS

MAEL LAMBONG (RAZIZAN RAZAK) merupakan seorang penarik kereta yangcukup dikenali di Kuala Lumpur. Namun, semuanya berubah apabila MARIA (JULIANA EVANS) telah menemui MAEL LAMBONG dan menyuruhnya menyelamatkan dirinya yang dikejar penjahat. Pelarian mereka dari penjahat, telah membawa mereka menuju ke negeri Terengganu di mana terletaknya kampunga asal MAEL LAMBONG, yang dia telah tinggalkan sekian lama kerana merajuk. Dalam keadaan MAEL LAMBONG ingin mengelak dari bertemu dengan penduduk kampung, dia akhirnya telah bertemu dengan ROZIE ( SHENTHY FELIZIANA) kekasih lama MAEL LAMBONG, dan tunang ROZIE, TIGER (TAI) yang tidak suka kehadirannya.

Konflik telah berlaku di antara MAEL LAMBONG dan TIGER. Selain itu, penjahat yang mengejar MARIA telah menemui mereka di perkampungan tersebut. MARIA telah meminta pertolongan MAEL LAMBONG untuk membantunya. Dalam masa yang sama, dua PERISIK telah datang dari Kuala Lumpur dan menerangkan hal sebenar kepada MAEL LAMBONG. Kekeliruan telah berlaku apabila PERISIK yang disangka baik, rupanya adalah penjahat yang inginkan sebuah mikrocip yang mengandungi maklumat tender kerajaan dari MARIA. MAEL LAMBONG membantu menyelamatkan MARIA, dalam masa yang sama hubungan dengan ROZIE semakin akrab, namun tetap tidak disukai TIGER. Akhirnya, PERISIK yang jahat itu berjaya ditumpaskan, dan MAEL LAMBONG telah meminta bantuan MARIA untuk memberi pengajaran kepada TIGER. TIGER insaf, dan MAEL LAMBONG juga ROZIE meneruskan hubungan cinta mereka yang telah terputus sebelum ini.

# Gambar Malam Tayangan Pembukaan Mael Lambong



Hamzi & Presiden Zizan Razak FC




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...