Anak Muda di Rantauan ...

JOM BALIK KAMPUNG !!!


3 September 2010,iaitu hari ini..OMG!!! Aku dengan rasa teruja mengemaskan barang-barang aku kat bilik 003..Yela~ esok dah nak balik kan? Tadi pukul 3.00 ptg~ Majlis Tertinggi Mahasiswa KPZ siap buat ucapan dekat blok lagi,ucapan selamat balik kampung dan selamat hari raya :) Mana taknya aku rasa teruja sangat nak balik.. "Hm..yang ni nak bawa tak..yang ni plak..nak bawa apa ni...nak tinggal yang mana ni.." serabut fikiran sehinggakan aku sahaja hampir demam :{..

Tak sabar rasa nya nak menjejakkan kaki ke daerah TAWAU,daerah yang membesarkan aku,dengan pelbagai kenangan dan rakan,sahabat,keluarga..arghh!! macam-macam...dan yang paling penting sekali :) Aku akan bertemu dengan ibuku :) Tak sabar juga rasanya aku nak berbuka puasa dengan keluarga aku,yelah.. ni adalah kali pertama aku be-Ramadhan di perantauan.. Bukan senang hidup di perantauan ni...Ku pasti juga akan merindui KPZ :) Ramadhan dan Syawal kali ini amat bermakna buat diriku :). Esok jadual penerbangan aku pada pukul 6.15 petang,di LCCT..Air Asia.. (dlm aku menaip ni pun dengar lagu raya tau!! semangat!!)... Oh cepatla masa berlalu...


"...dan yang paling penting sekali :) Aku akan bertemu dengan ibuku :) Tak sabar juga rasanya aku nak berbuka puasa dengan keluarga aku,yelah.. ni adalah kali pertama aku be-Ramadhan di perantauan.. "

Tgh hari tadi selepas solat jumaat,member aku Syafiq Mazalan datang ke bilik mengucapkan selamat hari raya sebab dia nak balik kampung :)~ Sedih semacam jer suasana ketika tu (masing2 cover airmata..) haaha~ Thanks Syafiq,jaga diri baik...Selamat Hari Raya juga buat ko ngan bradek2 kita yang lain yah... :).. Sekarang ni pun aku tengah duk bilik sendiri..roommate yang baik hati lagi memahami dan menjaga aku Afiq Sukor pun dah balik... Naziah Mohamad plak dah sampai Labuan...kiranya aku jerla yang duk sorang2 kat KPZ nie bersama member2 borneo yang lain..tunggu hari nak berlepas untuk balik :)

Ku juga pasti merindu bilik ku nie :) haha..meja ni la tempat aku online,tempat aku study,tempat caj phone,tempat caj PSP,tempat mendengar lagu,tempat tengok movie,tempat buat assignment dan macam-macam lagi la...terima kasih juga kepada meja dan kerusi ku yang banyak berkhidmat padaku...Ohoo...

Terus terang aku katakan,sepanjang aku di UPM,banyak perkara baru yang aku pelajari,kenangan pahit dan manis juga sudah ku temui..betul kata orang.. kehidupan kampus itu indah dan mencabar...apatah lagi kehidupan perantauan..mengajar erti berdikari...Di perantauan juga kita belajar mengasah kekuatan diri..hehehe..Raya...raya..raya...!!! Salam Lebaran Aidilfitri daripada saya Mohammad Najib B.Mohd Towy... Terima kasih kerana sudi baca-baca artikel kat blog nie :) dan ringan2kan tangan SHOUT kat box sebelah tu erk..

JOM BALIK KAMPUNG!!!
Mohammad Najib B Mohd Towy.




Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...