GreenBox Balakong - Karaoke & Eat All You Can ! Monat bagi 5 Bintang!


Salam Cyber Monaters! - Malam tadi Monat keluar jalan-jalan ngan the best brothers Monat , dengan kenalan Monat , iaitu Roy & Valentina , sebenarnya Monat tak plan pun nak keluar pergi mana-mana hari ni sebab Monat busy nak study untuk final exam kan (rabu ini ok!). Tetiba Monat dapat call dari Roy dan ajak Monat untuk keluar , katanya nak pergi karaoke , Monat ni bukanlah kaki karaoke tapi sekali sekala untuk lepaskan tension , apa salahnya kan? , Monat pun setuju dan Roy pun ambiklah Monat dekat UPM yang molek ini.

Kat mana tempat dia? Tempat dia adalah Jaya Jusco , Balakong , korang pernah pergi tak? Nama tempat tu , GreenBox. Korang pernah pergi tak? dah ada pengalaman? Haa , untuk korang yang belum pernah pergi , ni yang Monat nak cerita dekat korang ni.Green Box ni adalah tempat karaoke dan rasanya dekat tempat lain pun (Jaya Jusco) mesti ada Green Box ni kan?. Apa yang spesel tentang Green Box ni adalah , bila korang dah bayar (booked) untuk karaoke dekat sini , dia akan bagi sekali set untuk makan & minum. Berapa harga dia? Bagi Monat , memang berbaloi jika dibanding dengan perkhidmatan yang disediakan. RM34.00 sahaja / per head. 


Dia ada pakej - pakej lain , seperti Happy Hour , Meal ++ (Monat tak ingat juga..) , tapi pakej kitorang adalah Happy Hour , RM34 per head. Kitorang sampai kat tempat tu dalam pukul 7 petang , masuk jer bilik karaoke kitorang dah boleh start untuk ambik makanan dan minuman secara percuma dan tak kisah berapa banyak sebab dia dah include sekali dalam RM34 tu , bukan makanan dan minuman sahaja , tetapi desert juga disediakan! yeah! betul! rasa berbaloi sangat! dan makanan dan minuman yang disediakan bukan sahaja cikai-cikai tau! tetapi Monat boleh katakan! MARVELOUS! Monat bukan apa puji lebih-lebih , malah Monat tak kena bayar pun untuk buat entri ni , tapi Monat nak berkongsi pengalaman Monat. 

Bila korang dah booked,korang akan dapat handband mcm ni.
Dalam korang makan , minum , karaoke - kalau tetiba rasa nak online , pun disediakan secara percuma jugak , dimana korang boleh online / game secara percuma! PC disediakan untuk customer , selain itu juga! kalau rasa bosan tunggu kawan menyanyi kat dalam , boleh pegi lepak main PS2 dekat luar sekejap sambil minum coke ker , jus oren ker! hah! awesome tak awesome? yah! memang berbaloi kan? Monat tak tau nak cakap apa lagi , kalau korang tak percaya dan tak pernah rasa , baik korang pergi dan alami sendiri , dan secara jujurnya , inilah kali pertama Monat pergi tempat ni dan yang lagi best , kena belanja pulak tu! Terima kasih Roy.. dan Valent sebab bawak Monat keluar. Korang memang awesome , sekurang-kurangnya , lepas jugak tension nak duduk final exam ni.! 

Makanan dia memang marvellous! rasa rugi tak bawak tupperware! hahaha!


Salah satu daripada makanan yang disediakan

Desert

Sedapkan?

Walau apapun , Coke tetap dihati , tak kiralah ada Jus ker , apa ker!

Nyum! Nyum!






Inilah dia Mr.Officer ROY :) Thanks sebab belanja aku ye!


Ok! Monaters! apalagi! cuti nanti! jom kita serbu greenbox! (Lupa nak bagitau , SEMUA MAKANAN ADALAH HALAL dan SERVE NO PORK) :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...