Alahai USpot - Problem : Block semua site jangan berhenti!


Ah! Ni lagi-lagi masalah yang takkan habis , nak cerita pasal USpot (USiput) **ketika artikel ini ditulis- Monat bukan apa , bukan juga berniat nak memburukkan kemudahan yang Monat diberikan disini , tapi kata orang , kalau nak bagi tu , biarlah ikhlas dan bagi pun biarlah yang baik , sejajar dengan nak kejar MS : ISO - 9001 tu kan? , tapi dengan ragam Internet macam ni , memang menghampakan.

Kenapa Monat cakap macam ni? Sebab block - site / blacklisted site , yah! Monat tahu , ini adalah website yang pihak USpot (untuk korang yang tak tahu , USpot ini adalah perkhidmatan WiFi yang disediakan oleh pihak universiti) dan sememangnya kita ketahui bahawa akan ada site-site yang diblock oleh pihak USpot. Tapi apa sebab musabab yang site tersebut kena block , sekiranya website porno / lucah memang wajar untuk block / blacklisted / banned terus site tu dan tak boleh access , tetapi yang pelik Monat , site macam SLIDE.com / PHOTOBUCKET.com / VIMEO.com ,apasal kena block?


Tak tahulah nak cakap apa , tapi website LUCAH tu tak pula kena block , jangan sampai Monat nak cakap dekat sini pulak yea. Monat panas hati bukan apa , penat hosted gambar dari sana , dari dulu Monat memang dah selalu guna Photobucket , dah ada acc dekat sana , berlambak gambar dekat sana , ntah tetiba kena block tak tentu pasal - apa kejadah buat macam tu. Monat tak upload gambar porno lah encik USpot apasal lu nak block? Untuk Vimeo tu takperla , sebab ada alternatif lain iaitu youtube , huwm tak tau nak cakap apa. Harap Encik USpot tak block lagilah SLIDE.com / PHOTOBUCKET.com.

Jadi , sesiapa yang menggunakan USpot dan masuk blog Monat , korang takkan dapat tengok banyak gambar atau banner header dekat dalam ni dan adakalanya LinkWithin tidak berfungsi disbabkan kena blog , Harap korang maklum dengan benda ni , Monat cuba usahakan pulihkan balik blog ni , mungkin berubah picture hosting site.

p/s : Saya bukan orang kaya , jadi jangan sarankan saya pakai broadband , saya bukan anak dato/tan sri yang tiap-tiap bulan boleh habiskan duit bayar broadband - kalau saya berbahasa kasar , minta maaf , tapi dah banyak kali orang report benda ni, tapi masih takda tindakan , malahan perkhidmatan makin teruk.

#UPDATE - Wah best! Ada sesiapa yang baca tak entry ni (USpot?) * tak sampai berapa jam! dah pulih! TERIMA KASIH pihak USpot kerana prihatin dengan masalah saya! :) Dah boleh host site dari  site-site tersebut. Terima kasih.!

Bila masuk site Monat , tiada gambar / header

Kena block site , jadi ada gambar yang Monat upload dari Photobucket tak bleh bukak.

Tak pasti apa sebab site ni kena block dengan USpot

:( raungan...raungan...raungan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...