#Review - Fast & Furious (Fast Fives) | Vin Diesel vs The Rock


Hai Monaters , apa khabar hari ini? Sihat? Alhamdulillah... Kalau sakit , pergi jumpa doktor mintak ubat ye!. Aha , cuba tengok entry dekat atas tu , macam jahat je bunyi dia kan - ok! Jangan cemburu kalau Monat bagitau ni ye. Monat dah tengok cerita Fast Five dekat TGV. Ok! chop! chop! jangan marah pulak nanti korang pegilah tengok , dah keluar dah kan dekat pawagam.Apa yang Monat boleh cakap (dari view Monat dan penonton dekat dalam pawagam*) , Monat akan bagi rating 9.5 / 10. Tak rugi untuk korang beli tiket layan dekat panggung daripada korang download dekat internet kan , yang separuh-separuh jer gambar dia *ops kantoi Monat.



Kalau korang memang ikuti filem Fast & Furious daripada yang pertama sampailah yang ke-5 ni , korang akan taulah jalan cerita dia , hero-hero dari Fast & Furious , 2Fast 2Furious , Tokyo Drift , 4Fast 4Furious akan bergabung dalam Fast Five ni. Sekali lagi , plot cerita ini adalah sebelum filem Tokyo Drift (Hann masih hidup lagi..) , dan paling best sekali The Rock a.k.a Dwayne Johnson (sebagai Lucas "Luke" Hobbs) turut berlakon , merupakan seorang ejen DSS (DSS ni adalah Diplomatic Security Service *ushar kat sini). Dia ni lah yang ditugaskan di dalam misi untuk memburu 3 orang wanted ni , iaitu Dominic Toretto , Mia Toretto dan Brian O'Connor.




Filem ni jugak adalah kesinambungan daripada 4Fast 4Furious dimana , kalau korang masih ingat , ending kepada filem 4Fast 4Furious tu , Dom (Dominic) dijatuhkan hukuman penjara di Pusat Tahanan Lompoc dan filem tersebut habis dalam babak Dom di dalam bas. Dalam Fast Five , intro dia akan sambung daripada ending 4Fast tu dimana Brian O'Connor dan Mia melepaskan Dominic daripada dihantar ke Pusat Tahanan Lompoc. Selepas terselamat daripada kejadian melepaskan diri ini , bermula episod cerita Fast Five.

Monat taknakla spoil korang punya feeling masa nak nonton nantikan , jadi Monat cerita sedikit saja dan part yang memang Monat suka. Dalam filem kali ini , selain daripada aksi dan thrill , korang agak turut gelak dengan telatah mamat negro botak , korang tak kenal? Dia salah satu hero dalam filem 2Fast 2Furious yang bawa kereta ungu tu , banyak mulut :P!. Dan satu lagi part paling best dalam movie ni , bila Dom bergedebak gedebuk melawan The Rock , dahla dua-dua badan besar , lagi tu badan macam Malik Noor :P! haha , memang bestla bila tengok KUAT lawan KUAT.

Jadi! Korang buat apa lagi baca entry ni? Cepat pegi tempah tiket di pawagam terdekat , waktu Monat pegi pun Monat terpaksa ambil seat paling depan sebab ramai sangat orang yang tengok , tapi Fast Five punya pasal , depan sekali pun depan sekalilah. Macam mana ending cerita ni? Haha! Korang kena tengok sendiri , tapi yang paling penting , korang akan meninggalkan pawagam dengan perasaan gembira dan tak rugi... aksi memang penuh dan ohmai,memang best! Nak tunggu Pirates of Caribbean dengan Harry Potter pulak.. Oh yeah! Captain America punya trailer pun ada tadi tau! macam mahsyuk jer...




Monat sertakan sekali pelakon dan watak mereka dalam Fast Five ni :

  • Vin Diesel sbg. Dominic "Dom" Toretto
  • Paul Walker sbg. Brian O'Conner
  • Dwayne Johnson sbg. Lucas "Luke" Hobbs
  • Jordana Brewster sbg. Mia Toretto
  • Tyrese Gibson sbg. Roman Pearce
  • Ludacris sbg. Tej Parker
  • Matt Schulze sbg. Vince
  • Sung Kang sbg. Han Lue
  • Gal Gadot sbg. Gisele Harabo
  • Tego Calderon sbg. Tego Leo
  • Don Omar sbg. Rico Santos
  • Joaquim de Almeida sbg. Hernan Reyes
  • Elsa Pataky sbg. Elena Neves
  • Michael Irby sbg. Zizi




Adegan Rompak duit -


Fast Five poster

Fast Five poster

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...