#Review : Eh! Eminem & Bruno Mars Selagu Sejiwa. - Lighters


Ehem! Ehem! Sila beri perhatian semuanya. Disini Monat nak bagitahu , Monat baru sahaja menyeksa butang replay dekat music player Monat. Kenapa? Sudah tentu korang boleh teka kan , kalau tak dapat teka , sila terjun bangunan sekarang. hehe. gurau. Ok! Terus kepada entry kita , Encik Eminem dan Encik Bruno baru sahaja mereleasekan lagu baru , juga Royce  Da 59 (dalam lagu ini.) Lagu baru yang bertajuk - Lighters .Bagi kipas susah mati Eminem / Bruno , sila bertempik sorak , kerana mereka baru sahaja mengeluarkan lagu super duper best *at least bagi Monat.

Lagu baru ini adalah daripada album terbaru Bad Meets Evil. Apa pulak Bad Meets Evil ni? Bagi korang yang tak tahu , Bad Meets Evil pulak? B.M.E adalah group rapping duo yang dianggotai oleh Eminem & Royce Da 59' , memang banyak yang tak tahu sebab group ini adalah duo rapping Eminem di zaman awal dia nak jadi artist dulu , waktu mula-mula kenal dengan Dr.Dre. Ushar lebih tentang Bad Meets Evil dekat sini.









Mana nak dapat kan? 2 artis yang hebat dan best dalam 1 lagu , pertama kali Monat tengok title lagu ni dan penyanyi dia macam tak percaya pulak , Bruno Mars boleh duo dengan Eminem dan Royce ni. Lepas dah dengar sekali , bermula lah sesi penyeksaan butang replay di music player Monat , sampailah tengah tulis entry ni pun masih replay jugak. hehe.Review Monat , rentak / beat lagu ni memang catchy dan senang nak nyanyi sama , enjoy dan relaks. Memang jadi ringtone Monat lah.

Ada satu lagu lagi yang Royce dan Eminem telah rakamkan , bertajuk Fast Lane , tapi Monat tak dengar lagi sebab eksited sangat nak buat review dan nak kongsi dengan korang tentang lagu ni.Untuk pengetahuan korang jugak , lagu ni dimuatkan dalam album Bad Meets Evil yang terbaru , ala macam coming back lah katakan.

Tanpa buang masa , korang dengarlah sendiri , kalau korang nak layan dekat youtube pun boleh , tapi Monat bagitau awal-awal , tahu kan macam mana kalau lagu tak release lagi tapi dah ada kat youtube? ada sahaja audio swap lah , note tinggi lah , rendah lah , ha , ini dia , Monat kongsikan original dia , kualiti baik punya. Apa lagi , sila download dan kongsikan. *SKMM , lu jangan buat hal pegi sekat gua punya blog.

nak download : sini.







p/s : Jangan saman saya , saya orang susah. :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...