Google+ pesaing utama Facebook.



      Lama tak update entry dekat blog Monat ni kan you'ols. Dah bersemak samun dekat sini , ni Monat datang nak tebas lalang-lalang dalam blog ni. Seperkara yang Monat perasan , loading time bagi blog ni dah macam siput , Monat akan cuba usahakan untuk perbaiki dan percepatkan loading time bagi blog Monat ni ok.

Masuk mengenai tajuk entry pada kali ini , tentu korang semua ada terdengar ura-ura bahawa Google yang best dan kacak itu akan mengeluarkan satu social networking site yang baru. Code name : Google Plus / Google+ . Secara kasarnya , Monat melihat G+ (Google+) sememangnya sama dengan Facebook cuma mempunyai beberapa pertambahan yang lebih menarik , rasanya lebih sesuai Monat katakan , Facebook + Twitter = Google+. 


Credit : http://technorati.com/ 



Bagi korang yang belum mendaftar dekat Google+ ni , korang boleh ushar laman Google+ disini. Apa tunggu lagi? Daftarlah cepat , sekarang ni , Google telah hadkan pengguna Google+ kerana ianya masih dalam percubaan lagi. Tetapi anda masih boleh mendaftar , Google menjanjikan dalam masa terdekat ini , anda akan di jemput bagi menjadi pengguna Google + apabila ianya di buka nanti.


Ehemmm : Tak sabar nak tunggu macam mana kan? Rasa-rasanya , Facebook encik Mack Zuckerberg akan jadi bahan sejarah macam Friendster dan Myspace encik Tom tak? Setakat ni , Google tak pernah menghampakan kita kan. Monat dah daftar , korang bila lagi?





#UPDATE  - baru sahaja sebentar tadi dapat Invite daripada Junai Diey , JunaiDiey.com untuk join Google+ dan sila cemburu , kerana Monat sudah pun mempunyai acc Google+ di situ. Impressi pertama mengenai Google plus ni memang best dan mudah , apapun , ianya masih di takat PROJEK dan mungkin belum memasuki tahap BETA lagi. Namun begitu , G+ ni memang dan Monat pasti akan meletupkan dunia social networking nanti. Percayalah.!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...