# I am Monat and Im not a Hacker !



Petang sabtu ni, tengah duduk-duduk dekat ruang tamu,tiba-tiba rasa nak update blog pula.Buka saja website harianmetro , terbaca pula tentang isu hangat SKMM yang sekat 10 website filesharing , lantas menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dari pelbagai pihak. Sekarang ni kiri , kanan , depan , belakang sedang panas cerita tentang godam sana , godam sini. Anonymous sana , Anonymous sini. 

Monat pun rasa terpanggil nak update blog Monat dot com ni untuk menyatakan pendirian Monat , tengok sajalah tajuk entry kali ini rasanya korang semua dah tahu kan apa yang Monat cuba sampaikan.Kalau anda mahukan entry yang menjilat bontot SKMM , rasanya anda telah tersilap tempat kerana entry ini langsung tidak akan mengipas SKMM , malahan menganjeng (erk..marah benar nampaknya Monat).

Bagi korang yang tidak tahu , SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) telah menyekat akses ke 10 laman / website yang dikatakan melanggar akta Hak Cipta. Antara website yang disekat adalah The Pirate Bay & MegaUpload / FileRapid dan selebihnya , korang boleh ushar sendiri.Tindakan SKMM ini mendapat tentangan daripada segenap lapisan masyarakat , kerana dikatakan telah melanggar hak asasi manusia (memang pun).





Bagi korang yang kaki kipas SKMM dan menyokong disekat website-website ni, Monat nak cakap disini , "KITORANG KERJA KERAS CARI DUIT MEMANG UNTUK BUANG DUIT PERGI BAYAR INTERNET TAPI TIADA KEBEBASAN , BANDWITH MAHAL-MAHAL KITORANG BAYAR MEMANG DIGUNAKAN UNTUK SURFING SAHAJA KAN."

Ada juga yang kata , boleh tukar DNS , PROXY , apa segala , tapi ingatlah , itu bukan selamanya dan bila-bila masa pun kerajaan kita yang HEBAT ini boleh sekat lagi. Ini bukan masalah boleh guna line BAWAH TANAH , tapi ini hak kita , kebebasan kita sebagai pengguna INTERNET. Kerajaan Berdemokrasi tidak akan menyekat penggunaan sedemikian , hanya DIKTATOR dan TIRANI yang melakukannya.

PENDAPAT AKU TENTANG SEKATAN 10 WEBSITE INI OLEH SKMM :

1. Alasan akta hak cipta tidak harus dijadikan kambing hitam untuk mengKAYAkan kroni-kroni anda. Kalau betul masalah hak cipta bagai , SEKAT dulu pasar-pasar malam , petaling street , low yatt tu , dan paling penting sekat ASTRO 1st YANG BOLEH RAKAM guna ASTRO RECORDER. Baru cakap pasal hak cipta.

2. Alasan ini adalah alasan paling bodoh sekali aku pernah tengok , mungkin SKMM ni , ingat rakyat Malaysia masih di zaman 1950-an yang langsung tidak tahu apa itu I.T kan? Sepanjang Monat download apa sahaja dari laman website tersebut , tidak pernah terjumpa mana-mana makhluk di muka bumi ini INJECT VIRUS dalam movie atau Mp3 atau file apa-apa sahaja , dan kalau pun ada , sudah tentu AVIRA / KASPERSKY / AVAST / NORTON kami dapat detect.

#korang boleh baca alasan bodoh tersebut disini.

3. Percayalah , SKMM sekat 10 website ini , 1000 lagi website seperti ini akan lahir , kebebasan berinternet tidak akan dapat dibendung , INTERNET itu universal dan semua orang berhak menggunakannya secara bebas. Sebelum sekat website file sharing ini , apa kata SKMM pergi sekat website PORNO , apsal tak sekat? sebab kroni-kroni nak layan porno jugakkan?

4. Di Malaysia , kita sebenarnya tidak pernah diberikan kebebasan , kita dibentuk dan diarah , dipaksa menerima sesuatu yang kita tidak pernah setuju , selepas 10 website ini , tidak mustahil menjelang 2012 nanti , hanya website 1Malaysia.com sahaja yang dapat kita layari.



Anonymous atau Dragon Force , mereka mempunyai ideology dan pandangan mereka masing-masing , dan dalam apa yang mereka lakukan , Monat cuma memerhati dan adala juga perasaan menyokong mereka disebabkan dek sakit hati dengan SKMM ni. Apapun , Monat nak katakan disini , ini cuma pendapat peribadi Monat yang Monat tumpahkan ke dalam blog Monat , tiada kena mengenan dengan yang hidup dan mati , anda semua tidak perlu bersetuju dengan saya.

Sekiranya anda semua ada pandangan sendiri , apakata kongsikan dekat chatbox dibawah , dekat bawah tu bukan comment box tapi chatbox.. jomlah chat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...