#Manchester United | First Team & Player Baru.


  Dengan pelbagai spekulasi dan khabar angin mengenai siapa pemain yang akan dibawa masuk ke Manchester United pada musim hadapan , mari kita lihat beberapa senarai baru daripada First Team yang disenaraikan oleh Manchester United di laman rasmi mereka. disini. Beberapa pemain baru telah pun sah dibawa masuk ke dalam United untuk menguatkan lagi jentera United pada musim hadapan. Pada musim ini sahaja , United telah kehilangan beberapa pemain yang merupakan tulang belakang kepada kejayaan United , seperti Paul Scholes dan Edwin Van Der Sar. 

  Sir Alex Ferguson sudah pasti ada percaturan yang tersendiri dalam membentuk jentera pasukannya pada musim hadapan , lebih-lebih lagi selepas kecundang kepada Barcalona pada perlawanan akhir dalam Champions Cup (UEFA). Kecundang sekali tidak bermakna kecundang selamanya , selepas menjuarai Barclays buat kali ke-19 , United rasanya akan lebih mantap dengan kehadiran-kehadiran pemain baru yang dibawa masuk ke United. Siapa mereka ? Rasanya korang ada yang dah tahu kan? Berikut merupaka 4 orang pemain baru yang telah disenaraikan ke dalam First Team buat setakat ini dan ada juga yang masih dalam status (TBC = To Be Confirmed).

PHIL JONES


    Phil Jones pemain berumur 19 tahun ini merupakan defender yang bermain di kelab Blacburn Rovers , sebelum dilamar oleh United untuk menguatkan lagi jentera pertahanan United pada musim hadapan. Sir Alex telah menundukkan persaingan dari kelab lain , dengan kedua-dua pasukan rival , Liverpool dan Arsenal dikatakan turut  berminat dengan bakat yang cemerlang Phil Jones, tetapi Jones tetap memilih untuk  menyertai kelab juara Manchester United meskipun katanya , beberapa tawaran yang lebih tinggi ditawarkan kepadanya.

ASHLEY YOUNG

 Winger Kiri yang dahulu bermain untuk Aston Villa kini telah pun menandatangani kontrak untuk bermain bersama-sama United. Selepas berjasa dengan  Villa, impiannya untuk beraksi di Liga Juara-juara  dan memutuskan untuk tidak menandatangani perjanjian baru, ia menjadi jelas bahawa Young akan berpindah sekiranya terdapat kelab yang dapat menjanjikan impiannya itu akan tercapai dan nampaknya United berjaya melamar Young untuk beraksi di dalam United. WELCOME YOUNG!


PAUL POGBA

  Jika Chelsea mempunyai Drogba , United pula mempunyai Pogba. Pemain termuda di dalam First Team united ini merupakan warga Perancis yang bermain untuk Akademi United dan bakatnya terserlah sepanjang perlawanan yang disertainya.Pada bulan Februari 2011, beliau diberikan kepercayan dengan jersi no.42 semasa perlawanan  Piala FA Amerika terhadap Crawley Town. Penghormatan ini diberikan sebagai ganjaran kepada Pogba kerana beraksi dengan baik dan menunjukkan potensi untuk bermain dengan United pada musim akan datang.






DAVID DE GEA(pronounced “de hayer”, by the way) 


  Selepas United terpaksa melepaskan Edwin Van Der Sar yang bersara daripada United , tugasan United untuk mendapatkan seorang penjaga Gol yang berbakat yang dapat menandingi VDS nampaknya berakhir apabila SAF akhirnya membawa masuk keeper termuda yang bermain di kelab Atletico Madrid sebelum ini. David De Gea  (pronounced “de hayer”, by the way) yang berumur 21 tahun menjelang November ini akan menggalas tugas berat bagi menggantikan VDS yang bersara. 


Hmmm : Ramai pemain muda yang dibawa masuk oleh Sir Alex nampaknya pada musim hadapan , juara 19 kali Barclays mesti dikekalkan dan dinaikkan menjadi 20 pulak ye pakcik SAF :) heheh! Once A United , Always A United.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...