#Graffiti : Seni atau Vandalisma ?


       TAWAU  , SABAH 13 July 2011 -  Macam  berita / surat khabar dah , buat laporan ni. Siapa yang tak tahu tentang Graffiti ? , cat dinding dengan menggunakan pelbagai cara dan medium. Ekspresi seni bagi segelintir manusia , "spray-can" menjadi senjata utama. Sebenarnya , scene graffiti sudah lama bertapak di tanah air kita , graffiti yang dihasilkan / wall paint yang dipaparkan mempunyai mesej yang tersendiri , samada ianya berbentuk politikal , humour mahupun sinis , terpulang kepada sang grafiti-an (tatabahasa aku ceduk mana ntah) untuk menyampaikan mesej mereka.

   Isu graffiti bagi segelintir pihak , perdebatan yang masih tiada titik noktah , Graffiti : adakah ianya satu seni atau satu kegiatan vandalisma? Ini merupakan respon peribadi aku tentang isu ini , tak semestinya betul dan korang tak perlu nak telan bulat-bulat penulisan aku. Buka fikiran dan minda sama-sama kita berkongsi idea.Bila korang tengah berjalan-jalan , memerhatikan keadaan sekeliling , dan ternampak hasil lukisan di dinding - dinding bangunan , yang terbiar mahupun tumpuan utama , apa pandangan korang ? Seni atau vandalisma? Bagi pencinta seni , Seni itu dapat dilahirkan dalam pelbagai cara dan juga melalui pelbagai medium dan sudah semestinya kadangkala seni itu tidak dapat difahami jika tidak dihayati , bagi sebelah pihak pula , seni sebegini tidak kurang daripada perosak pandangan dan merupakan satu bentuk vandalisma terhadap persekitaran dan harta benda awam.



    ART IS NOT A CRIME.
Satu frasa yang sering kali kita dengar diungkapkan para penggemar Graffiti , dan bagi pihak yang satu lagi , Seni memang bukan satu jenayah , tetapi menconteng / melukis di dinding-dinding bangunan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan salah satu bentuk vandalisma.Secara peribadi , rasanya aku tidak kisah dengan graffiti (sebab aku juga meminati seni sebegini) . Tapi , seni sebegini perlu dibuat dengan kemas dan cantik , kata orang seni itu terpulang daripada perasaan dan kadangkala kita rasakan ianya sampah tapi pada mata orang lain , ianya karya jutaan ringgit. Bagi aku , kalau hendak berseni graffiti biarla berpada dan kena pada tempatnya , karya yang menarik dan cantik sudah pasti mendapat tarikan ramai pihak dan tidak mustahil , di Tawau ini , jika pihak berkuasa tempatan akan menyediakan tempat , khas untuk graffiti sahaja. Di daerah aku sendiri pun sudah pasti , dan yakin tentu ada persatuan Belia? Seperti Rakan Muda bukan? bagaimana kalau idea sebegini disalurkan kepada pihak berwajib.

    Seni itu tanpa batasan dan had , tidak kira tempat dan masa , dengan apa medium sekali pun. Benar? , terpulang pada individu untuk menilainya , kita semua berbeza pendapat dan tidak semua pihak akan bersetuju dengan apa yang kita inginkan. Bagi satu pihak , Graffiti itu seni dan tidak salah , bagi satu pihak pula , ianya satu aktiviti vandalisma. Kalau kita lihat di sekeliling kita , bukan di tempat / tanah air kita sahaja yang berlaku hal seperti ini , tetapi di seluruh dunia. Banksy , siapa dia Banksy ni ? dia adalah idola dan raja dalam seni graffiti ini (bagi diriku) dan ramai lagi artis indipendent diluar sana yang sama-sama berkecimpung dalam dunia graffiti / wall paint ini. Ushar lebih tentang Banksy dekat sini. Kenapa Banksy ? , kerana karya-karya dia bagiku bukan sampah dan vandalisma tetapi satu seni yang begitu bernilai dan mempunyai mesej yang tersendiri untuk disampaikan.





Hmmm: Tengah snap gambar dekat Persiaran Traulsen , nampak seorang ibu & anak perempuan dia tengah santai dekat sini. :) Teringat zaman kanak-kanak dulu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...