# Manchester United - Dimitar Berbatov , kekal The Red Devils sehingga penghujung musim 2012/2013.

Sir Alex Ferguson telah pun mengesahkan bahawa penyerang yang berasal daripada Bulgaria ini untuk terus terikat dengan skuad United sehingga penamat musim 2012/2013. Berbatov yang sebelum ini seakan-akan hilang rentak permainannya tampak sudah mula mendapatkan kepercayaan bos nya , Sir Alex Ferguson.

Meskipun terdapat ura-ura sebelum ini bahawa Dimitar Berbatov akan meninggalkan United pada musim perpindahan pemain pada Januari ini , segalanya terjawab selepas Dimitar Berbatov bersetuju untuk memeterai kontrak bersama United sehingga penghujung musim 2012/2013. 
 
Berbatov juga dikatakan akan menjadi kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Blackburn Rovers pada hari ini di Old Trafford. Ini memberikan lagi peluang Berbatov untuk meneruskan koleksi jaringannya selepas menentang Wigan pada Isnin lalu dimana Berbatov berjaya meledakkan gawang Wigan dengan 3 jaringan (hat-trick).

Jangan lupa , pada perlawanan ini juga merupakan hari jadi Sir Alex Ferguson yang ke-70 tahun , dan The Red Devils , pasti akan menghadiahkan SAF dengan hadiah kemenangan yang terbaik bagi musim ini. HAPPY BIRTHDAY SIR ALEX FERGUSON. And to you Dimitar Berbatov , KEEP IT UP! GGMU!

MANCHESTER UNITED vs BLACKBURN ROVERS
SATURDAY , 31 DISEMBER 2011 , 8.45MLM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...